red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Seminar Garis Panduan Reka bentuk Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) – NAHRIM Technical Guide No. 2: The Design Guide for Rainwater Harvesting Systems pada 25 Februari 2014.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2014

  Seminar Garis Panduan Reka bentuk Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) – NAHRIM Technical Guide No. 2: The Design Guide for Rainwater Harvesting Systems telah dianjurkan oleh Pusat Kajian Sumber Air dan Perubahan Iklim dengan jayanya pada 25 Februari 2014 di Mini Auditorium NAHRIM. Seminar tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM dan dihadiri oleh seramai 110 orang peserta yang terdiri daripada wakil pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), perunding kejuruteraan swasta serta universiti.

  Tujuan seminar yang dianjurkan ini adalah untuk mengetengahkan hasil penyelidikan dan pembangunan berhubung Reka bentuk Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) oleh NAHRIM terutama reka bentuk rumah persendirian dan bangunan. Selain itu, seminar ini turut menjadi medan perbincangan teknikal, maklumbalas dan pandangan daripada peserta seminar dan pihak-pihak yang berkepentingan di dalam perancangan, pembangunan dan penguatkuasaan SPAH kearah memantapkan Garis Panduan Reka bentuk tersebut.

 Sesi pembentangan teknikal dimulakan dengan pembentangan oleh Tuan Hj. Jabir Kardi yang bertajuk “Overview of Rainwater Harvesting Systems in Malaysia”. Pembentangan tersebut disusuli oleh pembentangan oleh Dr Huang Yuk Feng yang bertajuk “NAHRIM Technical Guide No 2: The Design Guide for Rainwater Harvesting Systems”. Sesi soal jawab berlangsung dari 11.30pagi hingga 1.00tengah hari dipengerusikan oleh Ir Mohd Zaki Mat Amin, Pengarah Pusat Kajian Sumber Air dan Perubahan Iklim. Ir. Ellias Saidin (ENSEARCH) dan Ir. Hooi Yoke Meng, mantan Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah dijemput sebagai ahli panel untuk sesi tersebut bersama dengan Tuan Hj. Jabir Kardi dan Dr Huang Yuk Feng.

  Di antara perkara yang ditimbulkan dalam seminar termasuklah kesesuaian reka bentuk dan saiz ‘first flush’, ‘downpipe’ dan ‘leaf guard’ serta saiz ‘wire mesh’ untuk perlindungan nyamuk. Selain daripada itu, kriteria reka bentuk SPAH yang bergantung kepada penggunaan air hujan yang dikumpul, jenis bangunan, dan kawasan; dan perbezaan penggunaan SPAH untuk ‘stormwater management’ atau ‘rainwater harvesting’ juga dibincangkan.

  Seminar berakhir pada 1.15 tengah hari dengan rumusan ringkas dari Ir. Mohd Zaki Mat Amin, Pengarah Pusat Kajian Sumber Air dan Perubahan Iklim NAHRIM selaku pengerusi jawatankuasa seminar dan diikuti oleh sesi fotografi dan makan tengah hari.
BeritaSPAH2014 1
 
BeritaSPAH2014 2
 
BeritaSPAH2014 3
 
  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun