red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Laporan Ringkas Seminar Penyelidikan dan Pembangunan Lembangan Sungai: Penyelesaian Inovatif dan Lestari, Mini Auditorium NAHRIM, 13 November 2013.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2013

Seminar Penyelidikan dan Pembangunan Lembangan Sungai: Penyelesaian Inovatif dan Lestari telah dianjurkan dengan jayanya pada 13 November 2013 di Auditorium, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM). Seminar ini telah dirasmikan oleh YBrs. Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM dan dihadiri oleh seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada wakil pelbagai jabatan/agensi serta universiti.

Seminar yang dianjurkan ini telah mencapai objektifnya iaitu menyediakan platform untuk perkongsian pengetahuan dan pengalaman dalam pelbagai bidang penyelidikan dan pembangunan lembangan sungai, mengenalpasti potensi serta peluang penyelidikan dan pembangunan, dan meluaskan jaringan kerjasama serta komunikasi antara pihak yang berkaitan ke arah strategi lautan biru bagi memastikan kejayaan usaha yang digembleng oleh semua pihak. Skop seminar ini merangkumi isu, cabaran dan penyelesaian terkini ke arah memastikan kelestarian dan kemapanan sesebuah lembangan sungai. Di antara topik yang dibincangkan termasuklah peranan penyelidikan ke arah pemulihan dan pemeliharaan lembangan sungai, pengurusan lembangan sungai yang bersepadu, masalah kualiti air sungai, hidraulik sungai, isu banjir, hakisan dan angkutan enapan dan kepentingan hidupan akuatik sungai.

Seramai tujuh orang penceramah telah dijemput khas mengikut kepakaran masing-masing daripada Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Mereka berjaya mengulas topik yang diketengahkan dengan lebih terperinci melalui sesi pembentangan, dan soal jawab. Seminar berakhir pada pukul dengan perbincangan panel-panel pembentang dan rumusan ringkas yang dipengerusikan oleh Ir. Dr. Teo Fang Yenn, Ketua Unit Sungai dan Banjir dari Pusat Kajian Lembangan Sungai.

PenyelesaianInovatifBM

Add comment


Security code
Refresh

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun