red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Seminar Research in Sea Level Rise & Adaptation Measures oleh Pusat Kajian Pantai, NAHRIM dan Prof. Dr. John Alexander Church. 26 Februari 2013.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2013

    Pada 26 Februari 2013, sebuah seminar kebangsaan yang bertajuk 'Research in Sea Level Rise & Adaptation Measures' telah dianjurkan oleh Pusat Kajian Pantai NAHRIM. Seminar ini telah disertai oleh 150 orang peserta yang terdiri daripada wakil-wakil agensi kerajaan, swasta serta universiti tempatan dan telah berlangsung dengan jayanya di Mini Auditorium NAHRIM dan dipancarkan secara langsung ke Bilik Gerakan NAHRIM.

    Seorang pakar bidang perubahan iklim yang terkenal dari Australia, Prof. Dr. John A. Church telah dijemput sebagai pembentang utama dalam seminar ini. Beliau merupakan Commonwealth Scientific and Industrial Research Organisation (CSIRO) fellow di Australian Weather and Climate Research Centre dan telah menerbitkan pelbagai buku dan laporan berkaitan bidang oseanografi. Beliau juga merupakan pengarang bersama untuk isu kenaikan aras laut dalam laporan IPCC ke-3 dan terkini, IPCC ke-5 yang akan diterbitkan menjelang hujung September 2013.
 
    Objektif penganjuran seminar ini adalah untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman berkaitan kajian kenaikan aras laut di antara Australia dan Malaysia untuk manfaat bersama. Seminar ini juga menjadi satu medium untuk NAHRIM dalam menghebahkan kepada umum berkaitan kajian-kajian NAHRIM berkaitan penyelidikan kenaikan aras laut yang telah dijalankan di pesisiran pantai Malaysia.
 
   Seminar ini dimulakan oleh ucapan pembukaan oleh Ketua Pengarah NAHRIM, Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin Bin Shaaban dan diikuti oleh ucapan perasmian oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, YBhg. Dato' Dr. Mohd Ali Bin Mohamad Nor. Sesi pembentangan teknikal dimulakan oleh Prof. Dr. John. A. Church yang telah menyampaikan pembentangan yang bertajuk 'The Global Average of Sea Level Rise'.
 
   Sesi pembentangan teknikal seterusnya bersambung selepas sesi fotografi dan minum pagi dengan menjemput Dr. Hj. Saim Bin Suratman, Pengarah Pusat Kajian Geohidrologi NAHRIM sebagai pengerusi sesi. Sesi kedua ini telah dimulakan oleh pembentangan teknikal yang telah disampaikan oleh Ir. Hj. Mohd Radzi Bin Abd Hamid, Pengarah Pusat Kajian Pantai NAHRIM dengan tajuk 'Sea Level Rise Research in Malaysia'. Pembentangan ini telah memberi fokus mengenai kajian kenaikan aras laut yang telah dijalankan oleh NAHRIM di pesisiran pantai Malaysia. Kertas teknikal kedua pula telah dibentangkan oleh Pn. Nor Aslinda Binti Awang, Pegawai Penyelidik Kanan Pusat Kajian Pantai NAHRIM dengan tajuk 'Impact of Sea Level Rise on Selected Location'. Menerusi pembentangan ini, Pn. Aslinda telah membentangkan kajian yang telah dijalankan oleh NAHRIM berkaitan impak kenaikan aras laut di pesisir pantai Sandakan dan Batu Pahat. Sesi pembentangan terakhir seterusnya telah disampaikan sekali lagi oleh Prof. Dr. John A. Church dengan tajuk 'Regional Issues, Extreme Events, Local Impacts Studies and Adaptation Measures'. Melalui pembentangan ini, beliau telah berkongsi pengalaman dan kepakaran yang telah dijalankan untuk mengatasi masalah kenaikan aras laut di pesisiran pantai Australia.
 
   Sesi penutup seminar ini diakhiri oleh perbincangan panel yang telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah NAHRIM, Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin Bin Shaaban. Panel yang terlibat dalam perbincangan ini ialah Prof. Dato' Dr. Azizan Bin Hj. Abu Samah dari Universiti Malaya (UM), Dr. Kamaludin Bin Hassan dari Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Ir. Hj. Mohd Radzi Bin Abd Hamid dari NAHRIM serta Prof Dr. John Alexander Church. Hasil perbincangan ini, para panel telah menekankan perlunya kerjasama menyeluruh daripada agensi-agensi berkaitan dalam mengkaji isu perubahan iklim yang mendorong kepada peningkatan aras laut.
 
   Secara kesimpulannya, seminar ini telah dianjurkan dengan jayanya oleh NAHRIM dan telah berjaya menarik jumlah peserta yang membanggakan. Seminar ini juga telah berjaya menyalurkan maklumat dan informasi yang penting dalam meningkatkan pemahaman berkaitan isu kenaikan aras laut terutamanya di kawasan pesisiran pantai Malaysia. Penglibatan para peserta dari pelbagai bidang dan kepakaran diharapkan dapat merintis jalinan kerjasama yang lebih erat di antara NAHRIM dan agensi berkaitan dalam membuat penyelidikan susulan pada masa hadapan.
 

 

 

seminarSeaLevelRiseNAHRIM2013

Add comment


Security code
Refresh

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun