Lawatan Teknikal ke Wilayah Persekutuan Labuan oleh Ketua Pengarah NAHRIM pada 14 Mei 2013.
Satu lawatan yang diketuai oleh Ketua Pengarah NAHRIM, YBrs. Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin Bin Shaaban telah diadakan ke Wilayah Persekutuan Labuan pada 14 Mei 2013. Lawatan satu hari ini diadakan ke lokasi-lokasi di bawah dengan tujuan tertentu: |
i. Jeti Menumbok, Sabah bagi mendapatkan gambaran lebih dekat berkaitan dengan operasi Jeti dan berbincang tentang masalah yang dihadapi pengendali dalam aspek hakisan dan mendapan di kawasan berhampiran; ii. Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah bertujuan untuk mendapatkan gambaran yang lebih dekat fungsi dan peranan Jabatan dalam perancangan dan operasi Pelabuhan dan Dermaga di negeri Sabah. |
Lawatan ini juga merupakan salah satu siri lawatan dalam program NAHRIM untuk mempromosi perkhidmatan dan fasiliti penyelidikan Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI) serta keupayaan Pusat-Pusat Kajian menangani masalah berkaitan dengan hakisan dan mendapan di persisiran pantai dan muara, keberkesanan rekabentuk infrastruktur air serta operasi pelabuhan dan dermaga. |
Lawatan ini turut disertai oleh Ir. Hj. Mohd Radzi Abdul Hamid, Pengarah Pusat Kajian Pantai (PKP), Ir. Dr. Nasehir Khan, Pengarah Pusat Kajian Sungai (PKS), Ir. Hj. Mohd Fauzi Mohamad, Pengarah Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI), Tn. Hj. Abdul Mubin Bin Harun, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penilaian (BPP) serta beberapa pegawai kanan dari MHI, PKP dan BPP yang lain. |
Di Jeti Menumbok penerangan berkenaan operasi jeti diberi oleh En. Mohd Rusli Pegawai Jabatan Laut dan tiada masalah hakisan atau mendapan yang dialami di kawasan jeti. |
Jabatan Pelabuhan dan Dermaga, Sabah diketuai oleh Kapten Chin Kui Foh, Pengarah, En. Raymond Murus, Ketua Bhg. Kejuruteraan, En. Raymod Murus, Ketua Bhg. Pelayaran serta pegawai-pegawai lain. Taklimat lengkap tentang sejarah penubuhan, misi, visi, objektif dan peranan Jabatan serta carta organisasi dan pengisian perjawatan telah disampaikan sendiri oleh Tuan Pengarah. Terdapat lapan (8) buah jeti/pelabuhan utama bawah seliaan jabatan di seluruh negeri Sabah yang terletak di Menumbok, Kota Kinabalu, Kudat, Sandakan, Lahat Datu, Semporna, Tawau and Sipitang. |
Satu taklimat juga telah diberikan oleh pihak NAHRIM mengenai fungsi dan struktur pentadbiran NAHRIM serta fasiliti dan perkhidmatan di MHI. Bidang kepakaran dalam penyelidikan pantai dan pelabuhan serta muara sungai juga telah dipersembahkan secara ringkas oleh Pengarah PKP dan Pengarah PKS. |
|
Jeti Menumbok, Sabah. |
Feri Ro Ro yang beroperasi antara Menumbok dan Labuan. |
Pegawai Jabatan Laut di Pejabat Operasi Jeti Menumbok, Sabah. |
Pengarah Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah. |
Pengarah Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah.
|
|