red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

NAHRIM Menerima Lawatan Sambil Belajar Daripada Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Puncak Perdana, Shah Alam. 14 dan 22 Mei 2013.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2013

22 Mei – NAHRIM telah menerima dua (2) kumpulan pelajar daripada Program Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Rekod (Kepujian), Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Puncak Perdana, Shah Alam pada 14 dan 22 Mei 2013. Lawatan tersebut diketuai oleh Pensyarah UiTM, En. Alwi Bin Mohamad Yunus. Rombongan kumpulan pertama seramai 32 pelajar manakala kumpulan kedua seramai 35 pelajar terdiri daripada pelajar tahun ketiga kursus ’Management of Electronic Records’ (IMR651) dan lawatan ini adalah bagi memenuhi keperluan kursus pelajar. 
    Tujuan lawatan sambil belajar ini adalah untuk memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar-pelajar UiTM mengkaji dan memahami kaedah serta pelaksanaan pengurusan rekod secara elektronik yang digunapakai di NAHRIM. Turut dimaklum oleh Pensyarah UiTM bahawa lawatan sambil belajar ini akan dapat membantu pelajar-pelajar membuat kajian, penilaian serta mendapat idea dan kreativiti dalam cadangan mereka membangunkan aplikasi yang lebih berkesan, inovatif dan dapat memenuhi kriteria-kriteria yang diperlukan dalam pengurusan rekod di Sektor Awam. 
 
    Wakil NAHRIM telah membentangkan aplikasi Generic Office Environment-Electronic Government Document Management System (GOE-EGDMS) untuk berkongsi pengalaman pengurusan rekod secara elektronik yang digunapakai di NAHRIM. Penerangan ciri-ciri yang terdapat dalam aplikasi, tahap penggunaan setiap modul serta kebaikan dan juga kekangan yang dihadapi dalam pelaksanaan aplikasi GOE-EGDMS di NAHRIM telah disampaikan oleh wakil dari Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK). Turut dibincangkan adalah faktor kejayaan kritikal yang perlu diambil kira dalam pembangunan aplikasi pengurusan rekod terutama di Sektor Awam yang perlu mematuhi peraturan dan prosedur-prosedur yang telah ditetapkan dan juga hala tuju NAHRIM dalam pelaksanaan sistem pengurusan rekod berpandukan kepada arahan dan inisiatif Kerajaan dari semasa ke semasa.
 
MFZ 9123
Encik Khairul Anam (Pegawai Penyelidik) Pusat Kajian Sumber Air memberi penerangan mengenai Pusat Gedung Data Hidraulik Kebangsaan Malaysia (GEDUNG). 

MFZ 9376

Cik Ong Suan Ee (Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi) memberi penerangan mengenai sistem 
GOE-EGDMS.

 MFZ 9144

Sesi bergambar bersama delegasi UiTM Puncak Perdana. 
Kumpulan I.

MFZ 9418

Sesi bergambar bersama delegasi UiTM Puncak Perdana. Kumpulan II.

Add comment


Security code
Refresh

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun