red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Laporan Ringkas Joint Seminar on Statistics in Hydraulics 2013 (JoSSH 2013). 9-10 April 2013.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2013

   Pada 9-10 April 2013, suatu seminar anjuran bersama antara NAHRIM dan Institute for Mathematical Research (INSPEM), UPM yang bertajuk Joint Seminar On Statistics In Hydraulics 2013 (JoSSH 2013) telah dijalankan di Mini Auditorium, NAHRIM. Seminar ini telah disertai oleh hampir 80 orang peserta yang terdiri daripada wakil-wakil agensi kerajaan, swasta serta universiti tempatan dan telah berlangsung selama dua hari.

   Objektif utama penganjuran seminar ini adalah untuk mempromosi kaedah statistik ke dalam kajian-kajian di bidang hidraulik/ hidrologi. JoSSH 2013 ini juga merupakan salah satu aktiviti lanjutan dari memorandum persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani pada 20 Februari 2012.

   Seminar ini telah dimulakan dengan ucapan serta perasmian oleh Pengarah INSPEM, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hj. Kamel Ariffin Bin Mohd Atan. Selepas itu majlis diteruskan dengan sesi ucaptama oleh Ketua Pengarah NAHRIM, Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin Bin Shaaban dengan pembentangan yang bertajuk 'Strengthening Hydraulic and Hydrologic Research with Statistics’.

   Sesi pembentangan teknikal dimulakan dengan pembentangan 2 kertas teknikal oleh Prof. Dr. Abdul Aziz Jemain dari UKM dan En. Anuar Shafie dari NAHRIM. Sesi ini telah dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Kajian Pantai NAHRIM, Ir. Hj. Mohd Radzi Bin Abd Hamid. Sesi seminar seterusnya berhenti rehat di sebelah petang dan disambung kembali dengan menjemput Prof. Madya Dr. Zelina Zaiton Ibrahim sebagai pengerusi sesi. Dalam sesi ini, sebanyak 5 kertas teknikal telah dibentangkan oleh wakil-wakil dari UKM, UPM dan NAHRIM.

   Hari kedua seminar dimulakan dengan sesi pembentangan oleh Prof Madya Dr. Zelina Zaiton Ibrahim (UPM) dan Ir. Lee Hin Lee (NAHRIM) yang telah dipengerusikan oleh Dr. Mohd Bakri Adam. Kemudiannya, majlis diteruskan selepas minum pagi dengan menjemput Prof. Dr. Noor Akmal sebagai pengerusi sesi. Sebanyak 4 kertas pembentangan telah disampaikan kepada hadirin oleh wakil-wakil dari UPM dan UKM. Sesi penutup di sebelah petang diteruskan dengan 4 buah kertas pembentangan oleh wakil-wakil dari UPM dan UTP manakala Prof. Madya Dr. Mahendran Shitan telah bertindak sebagai pengerusi sesi ini. Secara kesimpulannya, seminar ini telah dianjurkan dengan jayanya oleh UPM dan NAHRIM dalam menyampaikan maklumat-maklumat penting terutama dalam bidang statistik dan persekitarannya.

   Penganjuran bersama oleh UPM dan NAHRIM dalam seminar ini dapat merintis jalinan kerjasama yang lebih erat dalam menjayakan kajian-kajian susulan untuk faedah Negara pada masa hadapan. Adalah dicadangkan supaya seminar yang serupa akan dijadikan acara anjuran bersama di masa hadapan. 

JoSSH2013BM

Add comment


Security code
Refresh

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun