red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

NAHRIM Menerima Lawatan Delegasi Dari Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). 5 April 2013.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2013

5 April 2013 – NAHRIM telah menerima lawatan delegasi seramai 18 orang dari Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS). Lawatan ini diketuai oleh En. Roskhamdi bin Kamaluddin, selaku Pengurus Kualiti Air, SYABAS telah disambut oleh YBrs. Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM bersama-sama Pengarah Pusat Kajian dan pegawai-pegawai kanan.


Program lawatan dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan oleh YBrs. Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM diikuti dengan pembentangan dari pegawai SYABAS berkaitan fungsi dan tanggungjawab SYABAS serta program kesedaran kualiti air yang sedang dijalankan pihak SYABAS.


Program lawatan diteruskan dengan lawatan ke Makmal Hidraulik dan Instrumentasi. Satu engagement session antara pihak SYABAS dengan pengarah pusat kajian dan pegawai-pegawai kanan NAHRIM yang dipengerusi oleh Pengarah Pusat Kajian Kualiti Air dan Alam Sekitar telah diadakan pada akhir majlis lawatan bagi tujuan membincangkan kemungkinan potensi kerjasama antara kedua-dua organisasi melalui kajian pemodelan fizikal.

 

syabas1

YBrs. Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah  NAHRIM , Ir Lee Hin Lee, Pengarah Kualiti Air dan Alam Sekitar dan En. Roskhamdi bin Kamaluddin, selaku Pengurus Kualiti Air, SYABAS

 

syabas2

Ucapan  kata-kata aluan oleh YBrs. Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM

 

syabas3

Pembentangan dari pegawai SYABAS

 

syabas4

Lawatan ke Makmal Hidraulik dan Instrumentasi

 

 

 

Add comment


Security code
Refresh

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun