red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

LAWATAN TEKNIKAL KE PELABUHAN MIRI, KUALA BARAM, SARAWAK OLEH KETUA PENGARAH NAHRIM PADA 19 APRIL 2013

on . Posted in Arkib Aktiviti 2013

 

Satu lawatan yang diketuai oleh Ketua Pengarah NAHRIM, Y. Brs. Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin Bin Shaaban telah diadakan ke Pelabuhan Miri, Sarawak pada 19 April 2013. Sesi lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran yang lebih dekat berkaitan aspek operasi pelabuhan serta membincangkan peluang kerjasama dua hala di antara Miri Port Authority (Miri Port) dan NAHRIM. Lawatan ini juga merupakan salah satu siri lawatan dalam program NAHRIM untuk mempromosi perkhidmatan dan keupayaan fasiliti penyelidikan Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI) seperti yang berkaitan dengan operasi pelabuhan dan dermaga.

 

Lawatan ini turut disertai oleh Ir. Hj. Mohd Radzi Abdul Hamid, Pengarah Pusat Kajian Pantai (PKP), Tn. Hj. Abdul Mubin Bin Harun, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penilaian (BPP) serta  beberapa pegawai kanan dari Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI), PKP dan BPP yang lain. Pihak Miri Port diketuai oleh Pengurus Besarnya, Y.Brs. Encik Shebli bin Hairani, manakala ahli-ahli pihak pengurusan atasan terdiri dari Ir. Steven Chin (Pengurus Kanan Operasi, Kejuruteraan dan Perkhidmatan Marin), Puan Serawa Budol (Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan) dan Puan Chin Oi Thim (Pengurus Pentadbiran dan Kewangan).

 

Dalam lawatan tersebut, pihak Miri Port memberikan taklimat berkaitan sejarah pembinaan Pelabuhan Miri, kemajuan yang dicapai sehingga hari ini serta perancangan masa hadapan selaras dengan kepesatan industri perkapalan di Sarawak. Pelabuhan Miri yang berkeluasan 94 hektar, mempunyai 6 dermaga sepanjang 390m setiap satu dan berupaya mengendalikan 1400 metric ton kargo pukal setahun. Satu taklimat juga telah diberikan oleh pihak NAHRIM mengenai fungsi dan struktur pentadbiran NAHRIM, fasiliti dan perkhidmatan di MHI. Bidang kepakaran dalam penyelidikan pantai dan pelabuhan juga telah dipersembahkan secara ringkas oleh Pengarah PKP.

 

miri1

Dari kiri: En. Shebli bin Hairani, Pengurus Besar Miri Port, , Puan Chin Oi Thim (Pengurus Pentadbiran dan Kewangan), Puan Serawa Budol (Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan) dan Ir. Steven Chin (Pengurus Kanan Operasi, Kejuruteraan dan Perkhidmatan Marin)

 

miri2

Sesi perbincangan antara Ketua Pengarah NAHRIM dan Pengurus Besar Pelabuhan Miri.

 

Add comment


Security code
Refresh

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun