red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Seminar Penyelidikan dan Hari Bertemu Pelanggan NAHRIM. 29 Januari 2013.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2013

    Pada 29 Januari 2013, telah diadakan Seminar Penyelidikan dan Hari Bertemu Pelanggan NAHRIM. Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohd Ali bin Mohamad Nor, Timbalan Ketua Setiausaha I (Sumber Asli), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).

    Pemodelan merupakan tema seminar yang bertujuan untuk mengetengahkan kepada umum tentang kaedah yang digunakan oleh NAHRIM dalam melaksanakan penyelidikan, serta kajian kes yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2012. Sebanyak 6 kertas kerja daripada pusat kajian sungai, sumber air, pantai, geohidrologi serta Makmal Hidraulik dan Instrumentasi telah dibentangkan. Seminar pada kali ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila 103 peserta yang terdiri daripada pegawai kerajaan, kakitangan, pegawai pihak berkuasa tempatan, penyelidik, pensyarah, perunding dan pelajar telah menyertai seminar tersebut.
 
    NAHRIM juga membuka gerai pameran yang turut disertai oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET). Pelbagai poster penyelidikan NAHRIM telah dipaparkan selain pengedaran penerbitan teknikal NAHRIM bagi tahun 2012.
 
   Pada hari tersebut juga, NAHRIM telah menandatangani Perjanjian Pengkomersialan Produk Smart Drainage Trap (SMADRAT) dengan pihak Muslim Global Intelek Sdn. Bhd. Syarikat ini yang juga pemunya bersama paten SMADRAT bersetuju mengkomersialkannya. Ini merupakan kali pertama NAHRIM menandatangani perjanjian yang seumpamanya.
 
   Hasil daripada Hari Bertemu Pelanggan pada kali ini, NAHRIM telah berjaya memperolehi 247 rakan strategik baru yang terdiri daripada pelajar, individu penyelidik, pensyarah dan perunding.

 

BPelanggan2013_1 BPelanggan2013_2
Ucapan Aluan oleh YBrs. Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM. Ucapan Perasmian oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohd Ali bin Mohamad Nor, Timbalan Ketua Setiausaha I (Sumber Asli) NRE.

 

BPelanggan2013_3
Majlis perasmian dan sesi menandatangani Perjanjian Pengkomersialan.
 
BPelanggan2013_4
Lawatan ke Projek Pemodelan Fizikal Sg. Sarawak.
 
BPelanggan2013_5
Para pembentang kertas kajian.
 
BPelanggan2013_6
Kaunter Perkhidmatan Pelanggan.

Add comment


Security code
Refresh

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun