red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Tindakbalas Morfologi Pantai Lumpur

on . Posted in Projek PK Pantai

Nama Projek : Tindakbalas Morfologi Pantai Lumpur
Kod Projek    : P23 17000 009 0002

PENGENALAN
Pada lazimnya proses pantai adalah ditinjau daripada dua aspek : selari garis pantai dan rentas pantai. Kedua-dua mekasnime ini bertindak serentak dan menghasilkan kesan-kesan yang bersepadu ke atas morfologi pantai. Kajian ini bertujuan untuk memahami parameter-parameter pantai lumpur serta hubungkaitnya dengan tindakbalas ombak serta pertumbuhan pokok bakau. Permodelan secara numerikal dan fizikal akan dilakukan untuk memahami sifat-sifat cohesive lumpur dan menyelaku dan meramalkan proses morfologi pantai lumpur. Disamping itu, aktiviti penanaman semula bakau juga akan dijalankan untuk mengkaji kaedah penanaman, masa penanaman semula bakau. Hasil dari kajian tersebut , satu garispanduan berkaitan kaedah penanaman akan dikeluarkan. Fungsi/ peranan pokok-pokok bakau di persisiran pantai adalah sebagai pemecah ombak untuk mengelakkan limpahan ombak berlaku di kawasan dalaman. Sekiranya berlaku pecahan ban akibat ombak melimpah ianya akan mengakibatkan kerugian berjuta-juta ringgit. Pada tahun 1994, ban di pantai Bagan Dato' telah pecah dan dianggarkan mengalami kerugian RM 40 juta. Selain daripada itu, impak-impak ombak tinggi hasil tsunami pada 26 Disember 2004 di persisiran pantai juga mengakibatkan kerugan lebih dari RM 8 juta bagi kerja-kerja pembinaan semula ban-ban yang terjejas. Seandainya persisiran pantai kita dilindungi oleh pokok-pokok bakau yang bertindak sebagai pemecah ombak, kebesaran mungkin peruntukan RM 48 juta di atas dapat dijimatkan. Selain berperanan selaku pemecah ombak, barisan pokok-pokok bakau juga berfungsi sebagai pembekal makanan kepada kehidupan air serta menjaga kualiti persekitarannya. Keadaan ini dapat menambahkan pendapatan nelayan yang bergantung kepada penangkapan tersebut. Kajian terhadap penanaman semula kawasan bakau di kawasan Semenanjung Malaysia amat penting terutama kajian yang melibatkan kawasan yang mempunyai tinggi ombak yang maksimum. Kajian ini dapat mengenalpasti keupayaan penggunaan sistem pertahanan ombak seperti Geo-tube dalam membantu terhadap pertumbuhan semula kawasan Bakau di Malaysia.

 
OBJEKTIF:
 
OUTPUT:
 
  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun