red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Lawatan Kerja Timbalan Ketua Setiausaha Sumber Asli, Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar Ke NAHRIM, 1 Mac 2012, NAHRIM Seri Kembangan, Selangor

on . Posted in Arkib Aktiviti 2012

Lawatan Kerja Timbalan Ketua Setiausaha Sumber Asli, Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar Ke NAHRIM, 

1 Mac 2012,  NAHRIM  Seri Kembangan, Selangor   

 

 

1 Mac 2012 – NAHRIM telah menerima kunjungan YBhg. Dato’ Dr. Mohd Ali bin Mohamad Nor, Timbalan Ketua Setiausaha Sumber Asli, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan disambut oleh YBhg. Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban Ketua Pengarah serta pengarah-pengarah NAHRIM. Turut mengiringi YBhg. Dato’ Dr. Mohd Ali adalah YBhg. En. Baba bin Hasan, Setiausaha Bahagian Sumber Air, Saliran dan Hidrologi (BSASH), NRE serta pegawai-pegawai kanan BSASH.

 

 

Program lawatan telah didahului dengan penyampaian kata-kata aluan daripada YBhg. Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM dan diikuti oleh sesi memperkenalkan diri Pengarah-pengarah NAHRIM. YBhg. Dato’ Dr. Mohd Ali bin Mohamad Nor, turut memperkenalkan diri dan menyampaikan sedikit pesanan daripada pihak pengurusan atasan NRE. Majlis diteruskan dengan tayangan video korporat dan Taklimat Khas NAHRIM sebelum sesi soal-jawab dan perbincangan. Sebelum lawatan ke pameran dan Makmal Hidraulik dan Instrumentasi, sedikit cenderahati tanda penghargaan atas kesudian YBhg. Dato’ Dr. Mohd Ali mengunjungi NAHRIM telah diserahkan oleh YBhg. Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban.

 

 

Lawatan ke Makmal Hidraulik dan Instrumentasi di mana taklimatnya diberikan oleh Ir. Hj. Mohd Fauzi bin Mohamad, Pengarah Makmal Hidraulik dan Instrumentasi  telah memberi peluang kepada YBhg. Dato’ Dr. Mohd Ali untuk mengenali fasiliti serta keupayaan NAHRIM dalam bidang pemodelan fizikal dengan lebih jelas.

 

 

lawtaantksu

 

lawatantksu2

 

 

 

Add comment


Security code
Refresh

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun