Lawatan Ketua Pengarah NAHRIM ke Tianjin Research Institute for Water Transport Engineering(TIWTE), China - 20 hingga 24 Feb 2012
LAWATAN KETUA PENGARAH NAHRIM KE TIANJIN RESEARCH INSTITUTE FOR WATER TRANSPORT ENGINEERING (TIWTE), CHINA
Pada 20 hingga 24 Februari 2012 yang lalu, Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin b. Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM bersama-sama En. Md Khairi b. Yaacob, Pegawai Penyelidik Kanan dari Pusat Kajian Pantai, NAHRIM telah mengadakan lawatan ke Tianjin Research Institute for Water Transport Engineering (TIWTE), China. Lawatan tersebut adalah susulan daripada lawatan awal ke TIWTE yang telah di hadiri oleh En. Md Khairi b. Yaacob dan En. Saiful Bahri b. Hamzah pada 26 hingga 28 Disember 2011. Antara tujuan utama adalah seperti berikut:-
- · Memberi khidmat nasihat pakar ke atas keputusan kajian model fizikal hidraulik bersama pakar di TIWTE, China bagi projek Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) iaitu Projek Pembinaan Jeti Nelayan di Bagan Ajam, Seberang Prai, Pulau Pinang
- · Menjalinkan hubungan di peringkat pengurusan tertinggi dan potensi jalinan kerjasama diantara TIWTE dan NAHRIM terutamanya kepakaran di dalam bidang permodelan fizikal hidraulik
- · Pertukaran pengalaman kepada Pegawai di dalam bidang permodelan fizikal Struktur Pemecah Ombak dari pakar-pakar di TIWTE
Pada hari akhir lawatan, NAHRIM telah mengadakan mesyuarat bersama-sama pengurusan tertinggi TIWTE untuk membincangkan potensi kerjasama diantara NAHRIM dan TIWTE. Pada dasarnya pihak TIWTE bersetuju untuk mengadakan kerjasama terutamanya di dalam bidang permodelan fizikal hidraulik melalui Memorandum of Understanding (MOU) yang akan dipersetujui dan ditandatangani kemudian.
a
|
|
Lawatan Model Fizikal projek JPS iaitu Projek Pembinaan Jeti Nelayan di Bagan Ajam, Seberang Prai, Pulau Pinang |
Lawatan model fizikal ‘moveable bed’ menggunakan arang batu |
|
|
Lawatan ke Tianjin Port, China
|
Dr. Zhang Hua-qin (3 dari kiri) Pengerusi TITWE and Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin b. Shaaban (4 dari kanan) Ketua Pengarah NAHRIM dan lain-lain pegawai kanan TITWE dan NAHRIM
|