red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Lawatan Teknikal oleh Ketua Pengarah ke Frangipani Langkawi Resort and Spa, Langkawi – 9 Mac 2012.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2012

      Susulan daripada lawatan kerja YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ketika program Kem tahunan NRE pada 17 – 19 Februari 2012 di Frangipani Langkawi Resort and Spa, satu lawatan teknikal yang diketuai oleh Ketua Pengarah NAHRIM, Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban bersama-sama lima pegawai penyelidik telah diadakan pada 9 Mac 2012.

Frangipani Langkawi Resort & Spa telah memenangi Anugerah Langkawi bagi kategori organisasi/persatuan yang menjalankan aktiviti-aktiviti kitar semula dan penjimatan tenaga yang memberi sumbangan yang signifikan kepada persekitaran dan komuniti sekitarnya. Tujuan lawatan ini adalah untuk mengadakan kolaborasi kajian berkaitan aspek rawatan air bagi tanah bencah (wetland) buatan dengan menggunakan tumbuhan seperti semalu air (Neptunia oleracea), pokok canna air (Thalia geniculata), kiambang, duckweed (Lemna minor), rumput vetiver (vetiveria zizanioides), lili (Nymphaea) and kangkung (Ipomoea forskal). Tumbuhan ini berupaya mengurangkan bahan pencemar secara semulajadi dan meningkatkan kualiti air. Kadar perubahan peningkatan kualiti air melalui sistem rawatan ini adalah dilaporkan melebihi 90 peratus. Lawatan ini telah memberi peluang bagi perkongsian maklumat dan pengalaman antara NAHRIM dan pihak hotel mengenai penggunaan teknologi hijau yang mempunyai potensi bagi kegunaan sektor industri, pertanian dan domestik.

Bencah1
Perangkap gris dibina bagi mengasingkan bahan berminyak dan bergris
daripada air sisa dapur sebelum dilepaskan ke tanah bencah (wetland).

Bencah2
Air bawah tanah digunakan bagi membekalkan air kepada tanah bencah.

Bencah3
Diagram bagi tanah bencah buatan.

Bencah4
Tanah bencah buatan.

 

Add comment


Security code
Refresh

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun