red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

YB. Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Merasmikan Makmal Kualiti Air, NAHRIM. 29 Mac 2012.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2012

Makmal Kualiti Air NAHRIM (MKA) telah dirasmikan pada 29 Mac 2012 oleh YB. Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE). Makmal yang telah siap pembinaannya pada tahun 2011 akan berperanan menawarkan perkhidmatan analisis kualiti air dan digandingkan dengan penyelidikan susulan bagi membantu negara memformulasikan polisi dan halatuju dalam menangani isu-isu berbangkit berkaitan dengan kualiti air disamping membangunkan teknologi hijau dalam merawat kualiti air dari pelbagai punca air seperti hujan, sungai, tanah dan marin. Majlis perasmian itu telah dihadiri lebih 250 orang daripada pelbagai kementerian, agensi kerajaan, swasta, NGO, perunding serta IPTA dan IPTS.
 
Satu memorandum persefahaman juga turut ditandatangani antara NAHRIM dan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) semasa majlis berlangsung. Perjanjian persefahaman tersebut bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama diantara kedua-dua pihak dalam bidang kejuruteraan awam dan alam sekitar ke arah pemuliharaan dan pengurusan alam sekitar mapan seiring dan pembangunan sosio-ekonomi negara yang seimbang.

YB. Dato Sri Douglas Uggah Embas serta hadirin turut mendapat peluang menikmati air hujan yang dirawat dan dibotolkan iaitu produk terbaru NAHRIM sebelum dibawa melawat fasiliti dan penyelidikan yang sedang dijalankan di makmal. Majlis diakhiri dengan penyerahan cenderahati kepada pemenang kuiz air yang diadakan semasa sesi lawatan ke makmal kualiti air dijalankan.
PerasmianMKA1
PerasmianMKA2

Add comment


Security code
Refresh

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun