red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Lawatan Oleh Ketua Pengarah NAHRIM ke HR Wallingford, Howbery Park, Wallingford, United Kingdom. 1 – 7 April 2012.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2012

 
Pada 1 hingga 7 April 2012, Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin b. Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM bersama Ir. Mohd Fauzi b. Mohamad, Pengarah Makmal Hydraulik & Instrumentasi, NAHRIM telah membuat lawatan ke HR Wallingford (HRW), Howbery Park, Wallingford, United Kingdom. Tujuan utama lawatan ini adalah:-.
 
  • Untuk menyaksikan Preliminary Acceptance Test (PAT) bagi Peralatan Penjana Ombak Flum untuk Projek Flum Pelbagaiguna, NAHRIM;
  • Sebagai lawatan balas kepada lawatan ke NAHRIM oleh Pengarah Urusan HRW pada tahun 2011;
  • Untuk menjalin perhubungan dan kerjasama di antara HRW dan NAHRIM terutama dalam bidang Permodelan Fizikal Hidraulik; dan
  • Pertukaran pengetahuan dan pengalaman dalam Permodelan Fizikal dan Numerikal dengan pakar di HRW.
Program lawatan bermula dengan majlis perkenalan delegasi kepada wakil pengurusan HRW diikuti dengan bahagian pertama lawatan dengan tumpuan kepada pengujian Peralatan Penjana Ombak Flum. Ini merangkumi pengenalan ringkas oleh Ashley Cooper dan Simon Tiedman, HRW;
i. berkenaan peralatan; komponen dan fungsinya,
ii. tatacara pengujian, dan,
iii. pengujian terhadap fungsi dan keupayaan peralatan tersebut. Di akhir pengujian, satu mesyuarat diadakan bagi membincang dan mengesahkan keputusan ujian.
 
Program ini diikuti dengan lawatan ke Makmal Hidraulik HRW di mana taklimat telah diberikan oleh Dr. Keith A Powell (HRW Director) berkenaan dengan kemudahan makmal yang mengandungi Coastal, Port & Harbour Basins, Flumes dan lain-lain kemudahan Struktur Hidraulik. Taklimat juga menyentuh berkenaan dengan projek-projek permodelan fizikal yang sedang berjalan serta pengujian produk seperti Flood Door dan penciptaan produk.
 
Program seterusnya adalah siri taklimat oleh pakar-pakar HRW dalam bidang kepakaran masing-masing, meliputi;
i. Kajian Angkutan Sedimen oleh Tim Chesher (Group Manager, Coasts & Estuaries, HRW),
ii. Tebatan Banjir oleh Andrew Tagg (Group Manager, Flood Management, HRW),
iii. Kajian Perubahan Iklim oleh Prof Ian Townend (Research Director, HRW),
iv. Kajian Alam Sekitar olehValarie Bain (Senior Scientist, Environment Group, HRW). Deligasi juga diberikan takluimat berkenaan dengan kemudahan Simulasi Kapal oleh J W L Clarke (Principal Scientist, HRW) yang berupaya menjalankan simulasi keadaan sebenar samudera di dalam Makmal.
 
Pada akhir program lawatan, dokumen pengujian peralatan telah ditandatangani sebagai pengesahan ujian telah dijalankan dengan jaya dan diterima. Peralatan telah sedia untuk dihantar ke NAHRIM.
 
HRW_1
HRW_2
HRW_3
HRW_4
HRW_5
 
 

Add comment


Security code
Refresh

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun