Cetak

Lawatan Teknikal Ketua Pengarah NAHRIM ke Tapak Projek Pemulihan Sungai Pinang, 27 April 2012.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2012

      Ketua Pengarah NAHRIM Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban berserta empat pegawai penyelidik berada di Pulau Pinang pada 27 April 2012 untuk lawatan teknikal ke salah satu daripada tujuh sungai paling tercemar di Malaysia iaitu Sungai Pinang. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan mengenai kemampuan teknologi infinitesimal Quantum Persistent Reflection (iQPR) untuk memperbaiki kualiti air Sg Pinang and juga mengurangkan bau yang kurang menyenangkan.
 
      Teknologi iQPR adalah satu teknologi radiasi non-conventional dan dikatakan mampu mengubahsuai struktur molekul tanpa memberi kesan buruk kepada manusia. Plat bercorak geometri 3-D khas iQPR yang dicipta adalah komponen penting bagi menjana tindak balas ke atas micro-fission air mineral dalam ruangan tindak balas dengan pengawalan tindak balas masa dan turutannya. Air mineral yang telah diformulasi ini (setelah diberikan tindakbalas iQPR) atau larutan iQPR dikatakan mempunyai kluster molekul air yang lebih kecil dan mempunyai kandungan oksigen terlarut yang tinggi, ketelapan yang lebih kuat, penyerapan yang tinggi dan boleh menyebabkan berlaku kecepatan putaran partikel (acceleration of particle spins).
 
     Tenaga daripada larutan iQPR kemudiannya mampu berinteraksi dengan badan air dan tanah dan menguraikan bahan pencemar bagi memulih kualiti air sungai dan juga mengurangkan bau. Lawatan ini memberikan peluang bagi pertukaran maklumat dan pengalaman di antara pihak NAHRIM dan STS Solutions Sdn Bhd serta pihak JPS Pulau Pinang mengenai penggunaan teknologi mesra alam yang mempunyai potensi bagi rawatan pencemaran sungai dan juga rawatan air sisa industri, pertanian dan rawatan kumbahan.
 
Lawatan_iQPR_Pulau_Pinang
Lawatan_iQPR_Pulau_Pinang_1