red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Lawatan Teknikal Ketua Pengarah NAHRIM ke Jabatan Laut Malaysia, Pelabuhan Klang, Selangor, 5 Mac 2012.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2012

Satu lawatan teknikal yang diketuai oleh Ketua Pengarah NAHRIM, YBhg. Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban ke Jabatan Laut telah diadakan pada 5 Mac 2012. Sesi lawatan ini adalah bertujuan untuk mengadakan ruang kerjasama di antara pihak Jabatan Laut dengan NAHRIM supaya perkongsian data-data atau maklumat-maklumat berkaitan hidrografi dan marin dapat dimanafaatkan sepenuhnya.
 
Lawatan ini merupakan salah satu siri lawatan dalam program NAHRIM untuk mempromosikan perkhidmatan dan kajian penyelidikan di Pusat Kajian Pantai (PKP) dan seterusnya mempromosi kemudahan atau fasiliti penyelidikan Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI) kepada pihak Jabatan Laut. Lawatan ini turut disertai oleh Ir. Hj. Mohd Radzi bin Abd. Hamid, Pengarah PKP, Ir. Hj. Mohd Fauzi bin Mohamad, Pengarah MHI, Tn. Hj. Abdul Mubin bin Harun dan beberapa pegawai penyelidik kanan yang lain. Pihak Jabatan Laut diketuai oleh Tn. Hj. Baharin bin Dato’ Abdul Hamid (Timbalan Ketua Pengarah), Tuan. Haji. Ahmad Khairudin bin Ismail (Pengarah Bahagian Kawalan Industri), Tuan Haji Rossid bin Musa (Pengarah Bahagian Keselamatan Pelayaran), Encik Hazman bin Hussein (Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan), Tn. Haji Ramli bin Ahmad (Pengarah Institut Latihan Pentadbiran dan Pengurusan Pengangkutan Laut), Tn Haji Khairudin bin Abbas (Ketua Penolong Pengarah Unit Pengurusan Sumber Manusia), Tn. Hj. Mohd Hafiz bin Abdul Majid (Ketua Penolong Pengarah Unit Pembangunan, Dasar dan Antarabangsa), En. Arumugam a/l V.S Subramaniam (Ketua Penolong Pengarah Unit Keselamatan Maritim) dan Pn. Norshazila binti Ahmad (Penolong Pegawai Perhubungan Awam).
 
Semasa lawatan tersebut, pihak Jabatan Laut telah memberikan taklimat berkaitan struktur organisasi, perkhidmatan utama, fungsi dan bidang kuasa Jabatan Laut. Satu taklimat juga telah diberikan oleh pihak NAHRIM mengenai fungsi dan struktur pentadbiran NAHRIM, kemudahan di MHI serta hasil penyelidikan PKP seperti Kajian Pemodelan Fizikal Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, Kajian Impak Kenaikan Aras Laut Disebabkan Perubahan Iklim di Malaysia, Penilaian Hidrodinamik Pelupusan Sisa Pengerukan Kapital di Pelabuhan Pulau Pinang untuk Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang dan Kajian Mengenalpasti Plot Penanaman Semula Bakau Melalui Penilaian Hidraulik.
 
Secara kesimpulannya, Jabatan Laut bersetuju bahawa jalinan kerjasama dengan NAHRIM wajar diteruskan supaya data-data dan maklumat-maklumat seperti batimetri, pasang surut, carta navigasi dan persekitaran lautan dapat dikongsi bersama dan digunakan dalam pelan perancangan penyelidikan jangka panjang. Bidang yang berpotensi untuk diketengahkan antara NAHRIM-Jabatan Laut pada masa akan datang adalah seperti :-
i. Perkongsian data-data ukur hidrografi/batimetri,
ii.Potensi dan peluang untuk menjalankan kajian secara pemodelan numerikal dan fizikal untuk projek-projek Jabatan Laut seperti pembinaan jeti, marina dan seumpamanya,
iii. Kajian persekitaran marin seperti migrasi speisis mikroorganisma luar disebabkan pembuangan air ballast oleh kapal-kapal dari luar negara semasa berada di perairan Malaysia,
iv. Menyalurkan sokongan teknikal dalam mendapatkan bekalan air alternatif seperti produk first flush untuk penuaian air hujan di rumah-rumah api dan bangunan-bangunan di bawah seliaan/kawalan Jabatan Laut yang jauh dari sumber bekalan air.
 
LawatanKeJL
LawatanKeJL1
 

Add comment


Security code
Refresh

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun