Cetak

Lawatan Kerja ke Clean Tech Park Jurong dan Bishan Park, Singapura. 30 April 2012.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2012

      Satu lawatan kerja oleh Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar (NRE) yang diketuai En. Baba bin Hasan, Setiausaha Bahagian Sumber Air, Saliran dan Hidrologi ke Clean Tech Park Jurong dan Bishan Park, Singapura telah dilakukan pada 30 April 2012. Lawatan ini turut disertai oleh Dato’ Ir. Ahmad Husaini bin Sulaiman, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, Dato’ Abd Rashid bin Samsudin, Ketua Pengarah Perhilitan, dan Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM serta beberapa pegawai kanan.
 
      Objektif lawatan ini adalah untuk membolehkan kedua-dua pihak berkongsi kepakaran masing-masing, disamping NRE dapat menerima pendedahan terus mengenai Teknologi Integrated Waterscape yang kini terbukti berjaya dan telah beroperasi sepenuhnya di Bishan Park. Teknologi yang sama turut akan diaplikasikan di Clean Tech Park, Jurong yang mana masih dalam proses pembinaan.
 
      Lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas berkaitan sistem yang sedang beroperasi sepenuhnya di Bishan Park mulai tahun 2011 dan kemajuan projek di Clean Tech Park Jurong sebelum dibawa melawat ke kedua-dua lokasi. Di lokasi, delegasi NRE berpeluang meninjau secara dekat struktur, lanskap, aspek kejuruteraan awam dan kejuruteraan M&E yang terlibat bagi membolehkan rawatan secara integrasi beroperasi antaranya cleansing biotope, water playground, adventure playground, river design, river promenade, bridge, recycled hill, river stepping stones dan swales.
 
  Lokasi Clean Tech Park Jurong sedang dalam pembinaan.
  Clean_Tech_Park_Jurong_BM
   
  Lokasi Bishan Park sedang beroperasi.
  Bishan_Park_BM
  delegasi-NRE-Bishan