red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Lawatan Teknikal YBhg. KP NAHRIM Bersama Wakil Atelier Dreiseitl dari Singapura ke Paya Indah Wetlands. 16 Mei 2012.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2012

      NAHRIM menerima lawatan daripada wakil Atelier Dreiseitl ke Paya Indah Wetlands pada 16 Mei 2012. Lawatan ini merupakan susulan daripada lawatan Ketua Pengarah NAHRIM ke Bishan Park dan Clean Tech Park Jurong, Singapura pada 30 April 2012 yang lalu bagi meninjau kejayaan pelaksanaan sistem rawatan air menggunakan kaedah cleansing biotopes dan water playground di sana. Lawatan telah disambut oleh YBhg. Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM, penyelidik Pusat Kajian Kualiti Air dan Alam Sekitar, Bahagian Perancangan dan Penilaian, Makmal Hidraulik dan Instrumentasi serta wakil dari Atelier Dreiseitl, En. Pedro Santa Rivera.
 
      NAHRIM dimaklumkan bahawa Atelier Dreiseitl telah berjaya membina kemudahan tersebut di Bishan Park, Singapura di mana ia berfungsi untuk menaik taraf kualiti air tasik kepada status bersih dan selamat untuk tujuan rekreasi. Rekaan tersebut menekankan kelestarian alam sekitar di mana elemen semulajadi seperti tumbuhan akuatik dan komuniti manusia hidup dalam ekosistem yang harmoni.
 
      Lawatan balas itu adalah bertujuan untuk memilih tapak lokasi yang sesuai bagi pembinaan kedua-dua struktur tersebut. Hasil daripada lawatan, bekas tapak kumbahan yang terletak berhampiran Blok Pentadbiran Paya Indah Wetlands, rumah chalet dan kawasan parkir kereta telah dipilih. Pemilihan lokasi telah mengambil kira kemudahan akses kepada pengunjung apabila pada setiap hujung minggu dianggarkan Paya Indah Wetlands menerima lebih kurang 5,000 orang pengunjung. Kejayaan pembinaan kedua-dua kemudahan tersebut dijangka akan mampu menyumbang kepada peningkatkan bilangan pelawat ke Paya Indah Wetlands pada masa akan datang.
 
      Lawatan wakil Atelier Dreiseitl diakhiri dengan lawatan ke Tasik NAHRIM di Seri Kembangan bagi melihat kesesuaian pemasangan sistem rawatan air melalui teknik cleansing biotopes di NAHRIM.
 
  Kpwetlands1
  Sesi perbincangan tapak lokasi di Tasik Typha.
   
 
Kpwetlands2
  Sesi bergambar di Tasik Rusiga sebelum bermesyuarat di Bilik Ruak-Ruak, Paya Indah Wetlands.

Add comment


Security code
Refresh

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun