red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Laporan Lawatan Rasmi ke Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Tidal Barrage Sungai Kedah, Ampang Jajar, Alor Setar, Kedah. 15 Mei 2012.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2012

      Makmal Hidraulik Dan Instrumentasi (MHI), NAHRIM telah menganjurkan lawatan rasmi ke Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Tidal Barrage Sungai Kedah, Ampang Jajar, Alor Setar, Kedah pada 15 Mei 2012. Lawatan ini diketuai oleh Ir. Hj. Mohd Fauzi Bin Mohamad, Pengarah MHI bersama-sama 8 orang kakitangan. Objektif lawatan ini adalah untuk meninjau struktur Tidal Barrage, fungsi dan kaedah operasinya.

MADA1 MADA2
      Lawatan dimulakan dengan kunjungan ke Ibu Pejabat MADA yang terletak bersebelahan dengan struktur ‘tidal barrage’. Rombongan disambut Tn. Hj. Nasiruddin B. Abdullah, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pengairan Dan Saliran bersama pegawai kanan beliau, En. Yusnazarudin B. Md. Daud. Sesi taklimat ringkas mengenai fungsi MADA telah diberikan oleh Tn. Hj. Nasiruddin. Antara fungsi MADA adalah menguruskan sumber air dari tiga empangan utama Kedah iaitu Muda, Pedu dan Ahning ke kawasan pertanian bagi Kedah dan Perlis. Ketiga-tiga empangan tersebut mempunyai kapasiti takungan sebanyak 1,508 meter padu air. MADA juga bertanggungjawab mengawal aras air Lembangan Sungai Kedah melalui struktur Tidal Barrage Sungai Kedah bagi pengurusan banjir.

      Tidal Barrage Sungai Kedah merupakan struktur ‘tidal control’ dibina pada tahun 60-an dengan kelebaran 400’ (133m) merentasi Sungai Kedah dan telah dirasmikan oleh Allahyarham Y.B Tan Sri Hj. Mohd Ghazali Bin Hj. Jawi, Menteri Pertanian Dan Tanah pada 19 September 1971. Strukturnya terdiri daripada tujuh pintu air bersaiz 45’ x 20’ setiap satu dan satu ‘boat lock’ bersaiz 30’ x 220’ bagi memberi kemudahan laluan boat ke muara sungai yang terletak 10 kilometer dari sini. Ia direkabentuk bagi menampung kadar alir maksimum sehingga 480m3/s (100 ARI).

MADA3
      Rombongan MHI seterusnya dibawa ke bilik kawalan Tidal Barrage Sungai Kedah bagi mendengar taklimat sistem pengoperasian yang disampaikan oleh En. Mohd Zainol, Juruteknik Kawalan Sistem. Amalan terbaik pengoperasian dan keperluan program penyelengaraan Tidal Barrage Sungai Kedah semenjak 41 tahun yang lalu, telah memanfaatkan pelaburan kerajaan bernilai lebih RM5 juta, yang mana ianya masih boleh digunakan sehingga hari ini.
 
Gambar-gambar sekitar lawatan.

MADA4
MADA5

Add comment


Security code
Refresh

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun