Cetak

Program Kesedaran Penggunaan Air Bersih Rumah Panjang Bair, Betong Sarawak. 14 Julai 2012.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2012

 
    14 Julai 2012 – Program kesedaran penggunaan air bersih telah dijalankan di Rumah Panjang Bair, Betong Sarawak. Ia merupakan program kesinambungan kepada Sistem Penuaian Air Hujan “SPAH” yang telah dipasang di rumah panjang berkenaan.

    Rombongan NAHRIM diketuai oleh YBrs. Ir. Tuan Haji Mohd Fauzi Mohamad, Pengarah Makmal Hidraulik dan Instrumentasi mewakili Ketua Pengarah NAHRIM. Ahli rombongan yang lain ialah Tuan Haji Abdul Mubin Harun, Tuan Haji Jabir Kardi, En Mohd Shahrim Senik, Cik Norsarimah Shahlan, Cik Norazma Awang, Norfarhana Shamsuni dan En Mohd Fazlin Zainal. Turut serta ialah pelajar praktikal yang sedang mengikuti latihan di Makmal Kualiti Air. Ucapan aluan telah disampaikan oleh YBrs. Ir. Tuan Haji Mohd Fauzi Mohamad mewakili Ketua Pengarah NAHRIM dan seterusnya taklimat penggunaan air SPAH dan rancangan menaik taraf disampaikan oleh Tuan Haji Jabir Kardi. Pejabat Kesihatan Daerah Betong menyampaikan taklimat ringkas berkaitan pengunaan air bersih. Cik Norsarimah Shahlan dari Makmal Kualiti Air menunjukkan demonstrasi bagaimana menguji PH air menggunakan kertas litmus. Di akhir satu sesi soal jawab dijalankan dan ia dikendalikan oleh En Sahrian dari Jabatan Parit dan Saliran Daerah Betong.
 
    Bahyan a/k Ali, Tuai rumah Panjang Bair mengucapkan terima kasih kepada ahli rombongan dan khususnya NAHRIM yang telah membantu dalam menyelesaikan masalah bekalan air bersih di rumah panjang Bair. Program berakhir sekitar jam 12.30 tengah hari dengan jamuan makan bersama ahli rombongan dan penghuni rumah panjang Bair.
 
BAIRBM
BAIRBM1