red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Lawatan Kerja Oleh Ketua Pengarah NAHRIM ke Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). 31 Julai 2012.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2012

 
    31 Julai 2012 – NAHRIM yang diketuai oleh YBrs. Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM dengan diiringi oleh Pengarah-pengarah Bahagian dan Pusat Kajian serta beberapa Pegawai Penyelidik Kanan telah mengadakan lawatan ke Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) yang beribu pejabat di Bangsar, Kuala Lumpur. Lawatan ini turut disertai oleh tiga orang wakil JPS.

    Lawatan ke MyIPO adalah bertujuan untuk memahami dengan lebih jelas fungsi MyIPO dan fasiliti yang disediakan, disamping berkenalan dengan pihak pengurusan MyIPO. Pihak MyIPO diketuai oleh YBhg. Dato’ Azizan bin Mohamad Sidin,Ketua pengarah MyIPO, bersama-sama dengan Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah Kanan dan Pengarah Bahagian telah meluangkan masa memberikan taklimat tentang MyIPO dan menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh NAHRIM. YBrs. Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban turut menyampaikan pembentangan ringkas tentang NAHRIM dan usaha-usaha yang dilakukan berkaitan dengan perlindungan harta intelek keatas produk inovasi NAHRIM.
 
    Lawatan ini amat berkesan bagi membantu NAHRIM menguruskan Harta Inteleknya dengan lebih sistematik dan seterusnya merealisasikan hasrat NAHRIM untuk mengkomersialkan produk-produk inovasinya.
 
MyIPOBM1
MyIPOBM2
MyIPOBM3

Add comment


Security code
Refresh

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun