red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Strategic Consultative Lab: Climate Change Impact on Water-Related Issues Bagi Tema “Information Management Capacity” dan “Stakeholder Awareness and Participation”. 3 & 4 September 2012.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2012

    3 September 2012 – Akademi Sains Malaysia (ASM) dengan kerjasama NAHRIM telah menganjurkan dua (2) hari Strategic Consultative Lab bertema “Information Management Capacity” pada 3 September 2012 dan “Stakeholder Awareness And Participation” pada 4 September 2012 di Mini Auditorium, NAHRIM.

    Penganjuran Lab adalah bertujuan untuk mengkaji semula, memperjelaskan, dan memantapkan lagi maklumat-maklumat yang telah dikumpul oleh pihak ASM melalui kajian “Study On The Status Of Climate Change Impact On Water-Related Issues” yang dijalankan pada tahun lepas. Maklumat tambahan seperti inisiatif agensi, status terkini projek/program, jurang dan cadangan-cadangan serta “way forward” untuk adaptasi kepada perubahan iklim amat diperlukan.
 
    Lab ini telah dihadiri oleh lebih kurang 45 orang peserta terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGOs) yang mempunyai kepentingan dalam impak perubahan iklim terhadap isu berkaitan dengan air. Ucapan aluan Strategic Consultative Lab telah disampaikan oleh Ybrs. Encik P. Loganathan, wakil ASM manakala YBrs. Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM telah menyampaikan ucapan perasmiannya.
 
    Sebanyak 5 (lima) pembentangan menjurus kepada “Issues and Challenges” telah diadakan sepanjang 2 (dua) hari program dilangsungkan. Disamping itu, diadakan juga Breakout session di mana para peserta dibahagikan kepada 4 (empat) kumpulan untuk membincang serta mengkongsikan pengalaman dari agensi masing-masing menggunakan teknik Issue Base Information System (IBIS) dan hasil perbincangan dibentangkan oleh ketua setiap kumpulan.

 

 

SCL20120903BM

 

 

Add comment


Security code
Refresh

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun