red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Lawatan Kerja Ketua Pengarah NAHRIM ke Korea Selatan. 6 – 9 Ogos 2012.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2012

 
    Korea Selatan – Pada 6-9 Ogos 2012, satu lawatan kerja ke Korea Selatan yang diketuai oleh Y.Brs. Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM telah diadakan. Lawatan ini disertai oleh Ir. Mohd Zaki bin Mat Amin, Pengarah Pusat Kajian Sumber Air dan Hj Jabir bin Kardi, Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Kajian Sumber Air. Lawatan yang tertumpu kepada tiga bandaraya di Korea Selatan iaitu Goseong, Seoul dan Suwon ini bertujuan membincangkan mengenai pembangunan Cadangan Pelan Induk Pengurusan Sumber Air Hujan, di samping menjalinkan perhubungan kearah kerjasama dua hala di antara NAHRIM dengan pihak bandaraya tersebut terutama dalam bidang pengurusan air hujan.

    Destinasi pertama adalah ke Bandaraya Goseong yang terletak di selatan Korea. Delegasi NAHRIM telah disambut oleh Datuk Bandar Goseong dan seterusnya dibawa melawat ke Muzium Air Hujan.
 
    Lawatan diteruskan ke Seoul City Hall pada hari berikutnya. Semasa lawatan ke Seoul City Hall delegasi telah mendengar taklimat oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Kualiti Air (Water Quality Management Division), Seoul Metropolitan Government berkenaan dengan status dan cadangan pengurusan air hujan bagi bandaraya tersebut. Lawatan kemudiannya diteruskan ke Suwon City.
 
    Di Suwon City, satu taklimat telah diberikan berhubung Water Cycle Management Master Plan di Rainwater Research Centre, di mana delegasi turut berpeluang melawat sistem pengurusan air hujan yang telah dipasang di Kompleks Sukan dan Stadium Bolasepak Bandaraya Suwon. Kemudian, perbincangan telah diadakan berhubung dengan Rain Street Plan bersama penduduk-penduduk yang terlibat dengan projek tersebut.

    Pada hari terakhir, rombongan telah melawat ke Star City di mana lawatan dimulakan dengan satu sesi taklimat oleh Prof. Han Mooyoung yang lebih dikenali dengan gelaran Dr. Rainwater mengenai projek penuaian air hujan di bandaraya ini yang diikuti dengan forum membincangkan beberapa isu berhubung dengan pengurusan air hujan dan diakhiri dengan lawatan menyeluruh sistem pengurusan air hujan di Star City.
 

KoreaSelatan1

Lawatan hormat kepada Datuk Bandar Goseong (Mr. Lee Hak Lul, kiri)

KoreaSelatan2

Perbincangan dengan pegawai-pegawai di Suwon City

KoreaSelatan3

Lawatan ke tapak pengumpulan air hujan di Star City, Seoul

Add comment


Security code
Refresh

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun