red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Lawatan Kerja Rasmi Ketua Pengarah NAHRIM ke Selatan Semenanjung Malaysia, 12 Oktober 2012.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2012

    Siri lawatan kerja rasmi Ketua Pengarah NAHRIM diteruskan ke selatan tanah air. Destinasi pada kali ini ialah Badan Kawal Air Selia Negeri Johor (BAKAJ) dan Syarikat Air Johor Sdn Bhd. Rombongan NAHRIM diketuai oleh Y.Brs Ir. Haji Ahmad Jamalluddin Shaaban dan turut disertai oleh Tuan Haji Abdul Mubin Harun, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penilaian serta beberapa pegawai kanan yang lain.

    Penerangan oleh BAKAJ disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Idris Kaparawi, Pengarah BAKAJ. Pihak BAKAJ memberi penerangan mengenai fungsi BAKAJ dalam mengawal selia sumber air mentah dari segi kualiti dan kuantiti bagi kegunaan negeri Johor. Pada sebelah petang, rombongan bergerak ke Syarikat Air Johor Sdn Bhd. Bagi memudahkan aturcara lawatan, perjumpaan diadakan di pusat latihan SAJ yang terletak di Masai dan bersebelahan Empangan Layang-layang. Penerangan oleh SAJ disampaikan oleh Ir Ng Ching Hai Pengurus Besar Perancangan dan Teknikal dan dibantu oleh Ir Zainuddin Md Ghazali, Ketua Pegawai Operasi SAJ.
 
    Ketua Pengarah NAHRIM juga berpeluang memberikan taklimat ringkas mengenai sejarah penubuhan NAHRIM, visi, misi serta perkhidmatan dan kepakaran yang terdapat di NAHRIM terutama di Makmal Hidraulik dan Instrumentasi serta Makmal Kualiti Air. Pihak BAKAJ dan SAJ tertarik dengan kemudahan yang terdapat di NAHRIM terutama dalam menyelesaikan masalah-masalah berkaitan hidraulik dan serangan alga di empangan. Lawatan singkat berakhir dengan penuh kejayaan dan NAHRIM menunggu kunjungan balas daripada kedua-dua pihak.
 
SAJBM

 

BAKAJ1

Add comment


Security code
Refresh

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun