red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Lawatan Kerja Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Ke NAHRIM, 5 Oktober 2012.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2012

    5 Oktober 2012 – NAHRIM telah menerima kunjungan YBhg. Datuk Ir. Hj. Ahmad Husaini bin Sulaiman, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia dan disambut oleh YBhg. Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM serta pegawai-pegawai kanan NAHRIM yang lain. Turut mengiringi YBhg. Datuk Ir. Hj. Ahmad Husaini adalah YBhg. Dato’ Lim Chow Hock, Pengarah Pengurusan Lembangan Sungai & Zon Pantai, JPS serta pegawai-pegawai kanan JPS yang lain.

    Program lawatan kerja ini telah didahului dengan penyampaian kata alu-aluan daripada YBhg. Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM dan diikuti oleh sesi ringkas memperkenalkan diri pegawai-pegawai kanan NAHRIM. Majlis kemudiannya diteruskan dengan taklimat khas NAHRIM berkenaan status kemajuan projek perundingan Pemodelan Fizikal dan Numerikal bagi Rancangan Tebatan Banjir Sungai Sarawak yang disampaikan oleh Ir. Hj. Mohd. Fauzi Bin Mohamad selaku Pengarah Makmal Hidraulik dan Instrumentasi, NAHRIM. Ini diikuti oleh sesi soal jawab dan perbincangan lanjutan berkaitan isu-isu berkaitan pelaksanaan projek yang telah dibincangkan.
 
    Lawatan ke Makmal Hidraulik dan Instrumentasi termasuk demonstrasi model cadangan Pintu Kawalan Pasang Surut Sungai Sarawak juga telah diadakan di mana ia telah memberi peluang kepada YBhg. Datuk Ir. Hj. Ahmad Husaini dan pegawai-pegawai kanan JPS untuk mengenali fasiliti serta keupayaan NAHRIM dalam bidang pemodelan fizikal dengan lebih menyeluruh.
 
 

JPSkeNAHRIMBM

JPSkeNAHRIMBM1

Add comment


Security code
Refresh

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun