red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Penyertaan Dalam ‘British Invention Show and Award 2012’ di London, United Kingdom oleh Pasukan NAHRIM, 22-27 Oktober 2012.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2012

    Pada 22hb Oktober 2012, Ketua Pengarah NAHRIM, Yang Berusaha Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin Bin Shaaban telah mengikuti penerbangan ke London, United Kingdom untuk mengambil bahagian dalam pameran dan pertandingan inovasi yang terbesar di United Kingdom ‘British Invention Show and Awards 2012’ (BIS). BIS ini telah diadakan bermula pada 24 hingga 27 Oktober 2012 di Barbican Exhibition Centre, London, United Kingdom. Pameran dan pertandingan tersebut telah dihadiri oleh ahli pasukan yang terdiri dari pereka cipta, ahli akademik dan usahawan bersama dengan produk masing-masing untuk bertanding dan merebut anugerah pereka cipta antarabangsa dan anugerah pereka cipta British 2012. Sebanyak 20 negara telah menyertai pameran tersebut dengan mempamerkan lebih kurang 300 produk masing-masing dalam program yang berlangsung selama empat (4) hari tersebut. NAHRIM telah mengambil bahagian dengan membawa produk SMADRAT untuk bertanding dalam BIS 2012 tersebut. SMADRAT merupakan produk inovasi yang telah dibangunkan oleh Pusat Kajian Sungai, NAHRIM bersama dengan Syarikat Muslim Global Intelek Sdn. Bhd. Produk ini merupakan alat perangkap bahan pencemah versi tempatan yang berkonsepkan kawalan di punca dan harganya lebih murah berbanding dengan perangkap sebegini yang diimport.

    Delegasi NAHRIM telah diketuai oleh Ketua Pengarah, Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin Bin Shaaban selaku ketua delegasi dan turut disertai oleh En. Azman bin Mat Jusoh, pegawai penyelidik kanan dari Pusat Kajian Sungai. Selain itu, pereka cipta produk SMADRAT dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) iaitu Dr. Nasehir Khan E.M Yahya dan Tn. Hj. Juhaimi bin Jusoh turut menyertai delegasi NAHRIM. Dalam pameran dan pertandingan tersebut, tiga (3) kumpulan panel hakim telah melawat setiap ruang pameran peserta untuk membuat penilaian produk-produk dari segi sumbangan kepada masyarakat dan alam sekitar, keaslian dan tahap inovasi sesuatu produk tersebut.
 
    Walaupun program di atas julung-julung kali diwakili oleh NAHRIM, namun ia bukan satu halangan untuk NAHRIM mencatatkan kejayaan yang amat besar dengan pencapaian anugerah dua (2) emas. Pencapaian ini merupakan pengiktirafan yang penting kepada produk NAHRIM dan menandakan bahawa produk SMADRAT mempunyai kualiti yang tinggi dari segi reka bentuk, inovasi dan nilai kepada alam sekitar. Anugerah ini akan memberikan impak yang amat bermakna kepada program pembangunan produk SMADRAT khususnya dalam fasa pengkomersilan kelak yang dijadualkan akan bermula pada pertengahan tahun hadapan. Ahli pasukan NAHRIM juga telah mendapat pengalaman yang amat berguna semasa pertandingan tersebut bagi memantapkan lagi persediaan dalam program yang serupa di serata dunia pada masa-masa akan datang untuk mempromosikan nama NAHRIM, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), dan khasnya Malaysia.
 
BISBM1

BISBM2

Add comment


Security code
Refresh

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun