red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Lawatan Kerja Oleh Ketua Pengarah NAHRIM ke Indah Water Konsortium (IWK). 28 Ogos 2012.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2012

 
    28 Ogos 2012 – NAHRIM yang diketuai oleh YBrs. Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM dengan diiringi oleh Pengarah-pengarah Bahagian dan Pusat Kajian serta beberapa Pegawai Penyelidik Kanan telah mengadakan lawatan ke Indah Water Konsortium (IWK) yang beribu pejabat di Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur.

    Lawatan ke IWK adalah bertujuan untuk membincangkan tentang penyelidikan kualiti air di Sg. Anak Tasik, Langkawi, Kedah dan membincangkan tentang potensi kerjasama penyelidikan di antara kedua-dua pihak. Pihak IWK yang diketuai oleh YBhg. Datuk Ir. Abdul Kadir bin Mohd Din, Ketua Pegawai Eksekutif IWK bersama-sama pegawai kanannya telah sudi meluangkan masa memaklumkan halangan dan cabaran yang terpaksa ditempuh, serta usaha yang telah dilakukan oleh pihak IWK dalam memastikan kualiti air di Malaysia bebas daripada pencemaran akibat sisa kumbahan.
 
    Lawatan ini berjaya menjalinkan persefahaman yang lebih erat antara kedua-dua pihak, di mana beberapa cadangan kerjasama dalam bentuk R&D dan pengurusan telah dipersetujui untuk manfaat kualiti air di Malaysia dan masyarakat amnya.
 

IWK1

Pertukaran cenderahati antara YBrs. Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, dan YBhg. Datuk Ir. Abdul Kadir bin Mohd Din

IWK2

Sesi perbincangan antara kedua-dua pihak.

Add comment


Security code
Refresh

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun