red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Perhimpunan Bulanan Bil. 1/2011

on . Posted in Teks Ucapan YBhg. Ketua Pengarah

UCAPAN YANG BERBAHAGIA KETUA PENGARAH NAHRIM

PERHIMPUNAN BULANAN BIL 1/2011

PADA 11 Januari 2011

Assalamualaikum dan  Salam Satu Malaysia

Yang dihormati Pengarah-Pengarah Pusat Kajian dan Bahagian

Pegawai-Pegawai Penyelidik Kanan

Seterusnya, Warga NAHRIM yang dikasihi sekalian.

1.       Syukur Alhamdulillah, kerana dengan izin dan kehendakNya, kita dapat berkumpul pada pagi ini, bagi menjayakan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 1/2011. Yakni pembukaan Perhimpunan Pagi pada tahun 2011.

Dengan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru, 2011 kepada semua warga NAHRIM. Diharap mutu kerja, disiplin, semangat kerja dalam kumpulan dan sikap bekerjasama dapat ditingkatkan lagi pada tahun ini.

Ucapan Tahniah atas Penganjuran Seminar dan Bengkel

2.       Sepanjang bulan Disember yang lalu, dalam kesibukan aktiviti di akhir tahun, beberapa aktiviti dan penganjuran telah berjaya dianjurkan oleh Bahagian/Pusat Kajian iaitu:

  • Penganjuran Kolokium Penyelidikan dan Pembangunan dalam Pengurusan Dataran Banjir pada 8 Desember di Hotel Marriott, Putrajaya
  • Penganjuran Kolokium Penyelidikan dan Pembangunan dalam Pengurusan Dataran Banjir pada 8 Desember di Hotel Marriott, Putrajaya
  • Menerima Kunjungan / Lawatan sambil belajar Pelajar-Pelajar Universiti Moratuwa, Sri Lanka (Program Mobiliti Pelajar UPM) pada 16 Desember.
  • Kursus Komunikasi Berkesan & Pengurusan Responsif Bagi Meningkatkan Produktiviti pada 22 & 23 Desember di Avilion Legacy, Melaka.
  • Bengkel Penulisan Jurnal Impak Tinggi pada 23 & 24 Disember di Hotel Vistana, KL.
  • Kursus 'English Conversation for Researchers Intellectual Discourse pada 28 & 29 Disember. Bertempat di NAHRIM.

    4.       Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua pegawai dan kakitangan yang terlibat. Kerjasama serta pengorbanan masa dan tenaga tuan/puan amat saya hargai dan sanjungi. 

    Pencapaian Perbelanjaan di NAHRIM

    5        Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua warga NAHRIM (Unit Kewangan BKP, Pengarah Pusat Kajian/Bahagian, Pengurus Projek) kerana kita telah mencapai kejayaan dalam pengurusan perbelanjaan pada tahun lepas, 2010. Bagi perbelanjaan mengurus, kita mencapai peratus perbelanjaan sebanyak 99% manakala perbelanjaan pembangunan kita telah  mencapai peratus perbelanjaan sebanyak 100 %. Kerjasama sebegini diharap dapat diteruskan.

    Warga NAHRIM yang dikasihi sekalian. 

    PENCAPAIAN PERATUSAN HRMIS

    6.       Sebagaimana yang tuan/puan sekalian sedia maklum, pencapaian peratusan HRMIS adalah salah satu di antara KPI Y. Bhg Dato’ KSU bagi tahun 2010. Sehingga 31 Disember 2010, pencapaian HRMIS NAHRIM adalah seperti berikut:

    Pengisytiharan Harta – 100%

    SKT – 99.26%

    Data Peribadi – 99.22%

    Profil Perkhidmatan – 99.74%

    Perjawatan – 100%

    7.       Saya ingin mengucapkan tahniah kepada tuan-tuan dan puan-puan yang menyumbang kepada peratusan HRMIS yang sangat memberangsangkan bagi tahun 2010.

    8.       Harus diingat bahawa tugas untuk mengemaskini rekod di dalam HRMIS adalah tanggungjawab setiap penjawat awam dan bukanlah Unit PSM atau BTMK semata-mata kerana melalui HRMIS, rekod perkhidmatan tuan/puan akan disimpan dan dijana dari semasa ke semasa. Kegagalan tuan/puan untuk mengemaskini rekod yang terdapat di dalam HRMIS sudah tentu akan memberi kesan kepada tuan/puan satu masa nanti.

    KEHADIRAN BERKURSUS 7 HARI SETAHUN

    9.       Selain daripada HRMIS, kehadiran warga NAHRIM untuk berkursus sekurang-kurangnya 7 hari setahun juga merupakan KPI Y. Bhg Dato’ KSU bagi tahun 2010. Bagi tahun 2010, sejumlah 90 peratus daripada warga NAHRIM telah berjaya menghadiri kursus/latihan 7 hari atau lebih.

    10.     Saya mengucapkan tahniah kepada tuan/puan yang berjaya melunaskan tanggungjawab ini dengan baik. Kepada tuan/puan yang gagal berbuat demikian, saya amat berharap agar di tahun baru ini, kita sama-sama membina azam untuk mutu kerja dan perkhidmatan. Arahan untuk menghadiri kursus 7 hari setahun ini adalah selaras dengan Pekeling Perkhidmatan Bil.6 Tahun 2005 - Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam yang bertujuan untuk menggalakkan pembangunan diri, penguasaan pengetahuan, kemahiran, kreativiti dan inovasi di kalangan penjawat awam.

    PERUTUSAN YAB. PERDANA MENTERI SEMPENA TAHUN BARU 2011

    Warga NAHRIM yang dikasihi sekalian. 

    11. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, suka saya menyentuh beberapa isi kandungan di dalam Perutusan   Yab Perdana Menteri kita sempena Tahun Baru 2011

    12 Dewasa ini, kita telah menyaksikan bagaimana negara-negara yang dianggap maju juga mula ditimpa masalah apabila mereka tidak mengamalkan pengurusan kewangan yang berhemah serta tidak mendakap disiplin fizikal dalam merancang pembangunan negara dan kebajikan rakyat di negara masing-masing. Oleh itu, Kita semua sebagai warga NAHRIM, haruslah memikul tanggungjawab, amanah, disiplin serta jujur dalam menjalankan tugas, agar Jabatan kita akan terus maju dan kita berjaya mencapai misi dan visi NAHRIM.

    13.     Seiring dengan hembusan hawa dan semangat tahun baru 2011, kepada semua warga NAHRIM, tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang, marilah kita bersama-sama menyambut semboyan pertiwi menuju puncak kemajuan. Moga-moga kita berjaya. Insya-Allah.

    Penutup

    15.     Sebagai mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir pada Perhimpunan bulanan pada kali ini.

    Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Assalamualaikum W.B.T.

    • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
    • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun