red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Perhimpunan Bulanan Bil. 3/2011

on . Posted in Teks Ucapan YBhg. Ketua Pengarah

UCAPAN YANG BERBAHAGIA KETUA PENGARAH NAHRIM

PERHIMPUNAN BULANAN BIL 3/2011

PADA 22 MAC 2011

 

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis

Yang dihormati Pengarah-Pengarah Bahagian dan Pusat Kajian

Pegawai-Pegawai Penyelidik Kanan

Seterusnya, Warga NAHRIM yang dikasihi sekalian

Assalamualaikum dan  Salam Satu Malaysia

 

1.       Syukur Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjat rasa kesyukuran yang tidak terhingga kepada Ilahi kerana dengan izin dan kehendakNya, sekali lagi kita dapat berkumpul pada petang ini, bagi menjayakan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 3/2011.  

 

Ucapan Tahniah atas Penganjuran Seminar dan Bengkel

2.       Sepanjang bulan Februari 2011, beberapa aktiviti dan penganjuran telah berjaya dianjurkan dan diaturkan oleh Bahagian/Pusat Kajian iaitu:

I         Bengkel Penyampaian Media, pada 17 Feb 2011. Anjuran Bahagian       Perancangan dan Penilaian (BPP) di Auditorium NAHRIM

II        Dua Bengkel telah dijalankan bagi projek Gedung Data Hidraulik Kebangsaan Malaysia iaitu Bengkel Penyediaan Rangka Kerja Modul     Pusat Gedung Data Hidraulik Kebangsaan Malaysia pada 11 -     13           Februari 2011 di Bukit Gambang Resort, Pahang dan Bengkel     Pemprosesan Maklumat Pusat Gedung Data Hidraulik Kebangsaan   Malaysia pada 23 - 25 Februari2011, di Holiday Inn Resort Batu Feringhi, Pulau Pinang.

3.       Makmal Hidraulik & Instrumentasi telah membuat lawatan Teknikal ke Universiti Teknologi Petronas, Perak pada 10 Feb 2011. Kita juga telah menerima Lawatan Sambil Belajar, Pelajar dari Kolej Geomatik pada 23 Feb 2011.

4        Dalam masa yang sama, NAHRIM telah mengikuti satu Pameran dan Pertandingan Inovasi, Malaysia Technology Expo (MTE) pada 17 - 19 Feb 2011.

I         NAHRIM berjaya mendapat Gold  Medal  untuk  projek  Makmal           Kualiti Air iaitu Integrated Natural Water Treatment :   Case             Study  on   Kuala    Lumpur    Lake     Garden    Water    Quality                     Rehabilitation Project; dan

II        Bronze Medal untuk projek Gedung Data Hidraulik Kebangsaan             Malaysia ( GEDUNG)  oleh  Bahagian  Teknologi  Maklumat   &            Komunikasi. 

5.       Sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan yang terlibat. Besar harapan saya, agar NAHRIM juga dikenali sebagai sebuah Jabatan yang mampu menganjurkan program atau aktiviti yang terbaik dan berkesan.  

Warga NAHRIM yang dikasihi sekalian.

Lawatan ke Penjara Kajang

5        Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Puspanita NAHRIM kerana telah merancang aktiviti untuk mengadakan sesi lawatan ke Penjara Kajang pada 13 April 2011 sebagai salah satu daripada sumbangan sosial NAHRIM kepada rakyat awam. Sambutan warga NAHRIM juga amat baik, dan difahamkan jumlah penyertaan sudah hampir penuh iaitu seramai 30 orang. Aktiviti sebegini diharap dapat diaktifkan lagi bagi meningkatkan kecemerlangan kerja warga NAHRIM disamping mempromosikan NAHRIM. 

Kejohanan Sukan NRE 2011

6.       Semua warga NAHRIM telah dimaklumkan bahawa sasaran kita pada Kejohanan Sukan NRE 2011 pada tahun ini adalah mendapat tempat ke-empat. Saya harap sasaran ini tidak dipandang rendah oleh semua terutamanya warga NAHRIM sendiri. Semangat, tumpuan dan perancangan rapi mesti diteruskan dan ditingkatkan. Saya minta semua warga NAHRIM menganggap sasaran ini bukan satu angan-angan lagi, malah menjadi sasaran yang harus, dan mampu dicapai. 

Keselamatan

7.       Saya menyeru kepada semua warga NAHRIM agar memainkan peranan masing-masing mengenai isu keselamatan di NAHRIM. Keselamatan diri, kakitangan dan harta kerajaan harus dijaga dengan baik dan teratur bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku. Segala arahan keselamatan perlu diikuti dan diutamakan.

Keberhutangan Serius

8.       Keberhutangan serius bermaksud jumlah pemotongan gaji melebihi 60%. Saya dimaklumkan bahawa jumlah pegawai NAHRIM yang mengalami keberhutangan serius semakin berkurangan. Namun, saya berharap masalah ini dapat diselesaikan dengan segera oleh pegawai yang berkaitan. Saya sasarkan, tidak ada isu keberhutangan serius yang dialami oleh pegawai NAHRIM. Oleh itu, semua warga NAHRIM diingatkan, agar pandai menguruskan kewangan masing-masing.

Warga NAHRIM yang dikasihi sekalian. 

Minit Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan NRE Bil 2/2011

Program GTP dan ETP

9. Yg. Bhg. Dato’ Zoal Azha b. Yusuf, Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, menyarankan agar semua Jabatan menyambut baik program-program yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan terutamanya Goverment Tranformation Programme ( GTP ) dan  Ekonomic Tranformation Programme ( ETP ). Sehubungan dengan itu, saya akan menyambut baik sekiranya bahagian/puasat kajian dan semua warga NAHRIM mempunyai cadangan-cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi membaiki mutu proses kerja di NAHRIM selaras dengan program GTP dan ETP ini.

Budaya Kerja 1, 3, 7 & 14

10.     Suka saya mengingatkan semua warga NAHRIM mengenai budaya kerja 1, 3, 7 & 14 dalam menjalankan tugasan seharian iaitu, 1 hari untuk memberi respons kepada emel/mesej yang diterima, 3 hari untuk menyediakan minit mesyuarat, 7 hari untuk mengedarkan minit mesyuarat dan 14 hari untuk menyelesaikan pembayaran bil. Amalan kerja ini mesti diamal oleh semua warga NAHRIM yang terlibat jika tidak mempunyai sebarang sebab atau kekangan.

 

Penutup

Mesyuarat Agong Kelab KENALI

11.     Kelab KENALI ditubuhkan adalah untuk memberi galakan dan menyediakan kemudahan-kemudahan bagi menjalankan kegiatan sukan, rekreasi, kebajikan dan sosial untuk ahli, disamping memupuk dan mempertingkatkan semangat muhibah, persefahaman dan persaudaraan dikalangan ahli-ahli.

12.     Saya difahamkan Kehadiran Mesyuarat Agong Kelab KENALI kali ke-5, ( pada hari Jumaat lepas ) amat mengecewakan, walaupun pelbagai usaha telah dibuat oleh  AJK Kelab. Hanya 51 ahli/warga NAHRIM sahaja yang menandatangani  buku kehadiran. Saya mengambil maklum, ada yang berkursus, mesyuarat/kerja luar dan bercuti pada hari tersebut. Kepada yang tidak hadir tanpa sebab, diharap selepas ini tidak mengulangi sikap sebegini. Semua ahli adalah bertanggungjawab dalam aktiviti KELAB. Lebih-lebih lagi mesyuarat Agong. Kepada yang hadir pada Mesyuarat Agong KENALI lepas, jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan.

13.     Antara Agenda Mesyuarat Agong lepas adalah Pembentangan Penyata Kewangan, Pembubaran Ahli Jawatankuasa sesi 2009/2010 dan Perlantikan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kelab bagi sesi 2011/2012. Saya merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli jawatankuasa sesi 2009/2010 dan mengucapkan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kelab yang baru dilantik. Tanggungjawab yang diamanahkan harus dipikul sebaik yang mungkin.

14.     Sebagai mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir pada Perhimpunan bulanan pada kali ini.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Assalamualaikum W.B.T.

 

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun