red green blue contrast reset


facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Perhimpunan Bulanan Bil. 4/2011

on . Posted in Teks Ucapan YBhg. Ketua Pengarah

UCAPAN YANG BERBAHAGIA KETUA PENGARAH NAHRIM

PERHIMPUNAN BULANAN BIL 4/2011

PADA 14 April 2011

 

Terima kasih diucapkan kepada Saudara Pengerusi Majlis

Yang dihormati Pengarah-Pengarah Pusat Kajian dan Bahagian

Pegawai-Pegawai Penyelidik Kanan

Seterusnya, Warga NAHRIM yang dikasihi sekalian

Assalamualaikum dan  Salam Satu Malaysia

1.       Syukur Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjat rasa kesyukuran yang tidak terhingga kepada Ilahi kerana dengan izin dan kehendakNya, sekali lagi kita dapat berkumpul pada pagi ini, bagi menjayakan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 4/2011.  

 

Ucapan Tahniah atas Penganjuran Seminar dan Bengkel

2.       Sepanjang bulan Mac lalu, beberapa aktiviti dan penganjuran telah berjaya disempurnakan oleh Pusat Kajian /Bahagian iaitu:

I Kursus Water Quality Monitoring pada 4 - 9 Mac 2011 di   Perak. Anjuran Pusat kajian Kualiti Air dan Alam Sekitar 

II Kursus Lanjutan SPSS pada 23 Mac 2011 di Makmal Komputer   NAHRIM. Anjuran Bahagian Perancangan dan Penilaian. 

III Bengkel Impak Perubahan Iklim terhadap  Kenaikan  Aras  Laut di Auditorium NAHRIM pada 28 Mac 2011. Anjuran pusat Kajian Pantai. 

IV       Bengkel Pengurusan Mesyuarat Berkualiti pada 26-28 April 2011 di Air Keroh, Melaka. Anjuran Bahagian Khidmat Pengurusan 

3.       Sepanjang bulan Mac juga, kita juga telah menerima dua lawatan dari luar iaitu lawatan sambil belajar oleh Kolej Komuniti Kuantan, pahang pada 9 Mac 2011 dan Lawatan Teknikal dari Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang pada 22 Mac 2011. 

4        Dalam masa yang sama, NAHRIM telah mengikuti beberapa anjuran program dari luar iaitu : 

I Sambutan Hari Air Sedunia di Pekan River Front, Pekan   Pahang pada 11 -12 Mac 2011 

II Program Kempen Bumi Kita anjuran UiTM Shah Alam, Majlis Perbandaran Muar dan Shell pada 20 Mac 2011 

III Kem Pemimpin Muda Prihatin Air Kebangsaan 2011 di Kem PLKN, Tasik Chini, Pekan, Pahang pada 24 - 26 Mac 2011

 

5.       Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan yang terlibat.

Warga NAHRIM yang dikasihi sekalian.

Penguatkuasaan Peraturan Pematuhan Waktu Bekerja

 

6.       Pemantauan di kantin/kafetaria akan dijalankan selepas waktu-waktu yang telah ditetapkan seperti berikut:

Aktiviti

Masa

Sarapan Pagi/Minum Pagi

Sehingga Jam 8.30 Pagi Sahaja

Makan Tengah Hari

Mulai Jam 1.00-2.00 Petang Sahaja

Waktu Rehat ( Jumaat)

Mulai Jam 12.15 Tgh – 2.45 Petang Sahaja

 

7.       Sebelum ini, saya telah memaklumkan mengenai Penguatkuasaan Peraturan Pematuhan Waktu Bekerja Pegawai Awam. Pemantauan terhadap waktu masuk bekerja serta pemantauan di kantin/kafetaria akan dibuat bagi memastikan semua pegawai mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). 

8.       Saya berharap agar semua warga NAHRIM mengambil maklum mengenai pematuhan waktu bekerja sebagaimana dinyatakan tadi.

 

Pelawaan Temujanji

9.       Sebagaimana tuan/puan telah dimaklumkan melalui email, kepada yang ingin berjumpa dengan saya secara peribadi, tuan/puan dipelawa untuk membuat temujanji sebagaimana  ketetapan yang telah dimaklumkan iaitu setiap Hari Khamis Pertama Setiap Bulan. Masa:    4:00 - 5:00 Petang. Adalah diharap tuan/puan akan maklumkan kepada Pn Hafizun untuk membuat temujanji ini lebih awal, bagi menyelaras temujanji tuan/puan. Diharap, tuan/puan semua bijak menggunakan saluran yang disediakan ini.

 

Menerapkan Budaya Berhemah Dan Berbudi Bahasa 

10.     Di kesempatan ini juga, suka saya berpesan, agar semua Warga NAHRIM menerapkan budaya berhemah dan berbudi bahasa dalam urusan seharian tidak kira samada sesama rakan satu jabatan, lebih-lebih berurusan dengan orang luar, agar imej kita/penjawat awam dapat dipelihara. Seleras dengan kempen amalan senyuman yang disarankan oleh pihak mampu, diharap budaya murni ini dijadikan asas kerja seharian.

PENGEMASKINIAN HRMIS

Warga NAHRIM yang dikasihi sekalian.

11      Sebagaimana diingatkan kepada semua warga NAHRIM, sama ada melalui emel dan peringatan-peringatan lain, tuan-tuan dan puan-puan sentiasa disuruh untuk mengemaskinikan rekod masing-masing di dalam system HRMIS.

12      Bagi tahun 2011 ini, semua warga NRE diwajibkan untuk mengisi Sasaran Kerja Tahunan bagi tahun 2011 ke dalam system HRMIS  dan menghantar kepada Pegawai Penilai Pertama masing-masing sebelum 30 April 2011. Bagi tujuan pemantauan, semua warga NAHRIM diminta untuk mengisi SKT tahun 2011 dan menghantar kepada PPP pada 22 April 2011. Unit PSM akan memberi laporan terus kepada saya, senarai nama warga NAHRIM yang gagal mematuhi arahan ini.

13      Selain daripada SKT 2011, tuan/puan yang masih belum mengisytiharkan harta terutama pegawai-pegawai baru, atau pun pegawai yang mempunyai perubahan harta sama ada pelupusan harta atau pertambahan harta, hendaklah mengemaskinikan maklumat terkini pengisyhtiharan harta di dalam system HRMIS ini, sebelum 30 April 2011.

14      Untuk makluman tuan/puan, prestasi HRMIS jabatan-jabatan di bawah NRE sentiasa dipantau oleh kementerian dan di bawa ke mesyuarat-mesyuarat di kementerian. Justeru, tuan/puan adalah dipohon untuk memberikan kerjasama dalam mengemaskinikan maklumat SKT dan Pengisytiharan Harta masing-masing dalam HRMIS sebagaimana tarikh yang telah ditetapkan.

 

 

Hebahan Cabaran PEMUDAH 2012

15.     Sukacita dimaklumkan bahawa pada tahun ini, PEMUDAH sedang mengadakan Cabaran PEMUDAH Musim Kedua: 1 Juta Ringgit Untuk 1000 Idea. Untuk makluman semua, pada tahun 2010, 2 warga NRE iaitu dari JKPTG dan FRIM telah berjaya memenangi cabaran ini dan telah menerima hadiah sebanyak RM1000.00 seorang.

16      Secara keseluruhan tahun 2010, sebanyak 67 idea telah menang dari pelbagai Kementerian, Sehubungan itu, marilah kita sama-sama menyumbangkan idea yang bernas dan kreatif kepada Cabaran PEMUDAH ini. Harapan saya agar kakitangan NAHRIM juga terpilih untuk menjadi pemenang pada tahun ini.

 

Warga NAHRIM yang dikasihi sekalian. 

Mempergiatkan Aktiviti Kelab KENALI, PUSPANITA dan Pengurusan Surau NAHRIM. 

17.     Saya menyeru kepada semua warga NAHRIM, agar memperhebatkan aktiviti Kelab KENALI, Puspanita dan Pengurusan Surau NAHRIM. Banyak aktiviti yang sesuai dan memberi manfaat kepada kita semua boleh dirancang dan dianjurkan melalui saluran ini. Penglibatan tuan/puan sekalian boleh mengeratkan tali persaudaraan kita semua disamping lebih mengenali antara satu sama lain. Kerjasama dan semangat kerja berkumpulan juga boleh disemai dari masa ke masa.

 

Penutup

18.     Sebagai mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir pada Perhimpunan bulanan pada kali ini.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Assalamualaikum W.B.T.

 

 

 

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun