red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Perhimpunan Bulanan Bil. 5/2011

on . Posted in Teks Ucapan YBhg. Ketua Pengarah

UCAPAN YANG BERBAHAGIA KETUA PENGARAH NAHRIM

PERHIMPUNAN BULANAN BIL 5/2011

PADA 26 Mei 2011

Terima kasih diucapkan kepada Saudara Pengerusi Majlis

Yang dihormati Pengarah-Pengarah Pusat Kajian dan Bahagian

Pegawai-Pegawai Penyelidik Kanan

Seterusnya, Warga NAHRIM yang dikasihi sekalian

Assalamualaikum dan  Salam Satu Malaysia

1.       Syukur Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjat rasa kesyukuran yang tidak terhingga kepada Ilahi kerana dengan izin dan kehendakNya, sekali lagi kita dapat berkumpul pada pagi ini, bagi menjayakan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 5/2011.

2.       Pada hari sabtu 21 Mei 2011 lepas, kita semua dikejutkan dengan tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Taqwa dan Madrasah Baitul-Taqwa, Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia di Batu 14, Hulu Langat, Kajang. Dikesempatan ini, marilah kita semua menghadiahkan ummul kitab kepada semua mangsa korban. Al-Fatihah.

Ucapan Tahniah atas Penganjuran Seminar dan Bengkel

3.       Sepanjang bulan April lalu, beberapa aktiviti dan penganjuran telah berjaya disempurnakan oleh Pusat Kajian /Bahagian iaitu:

I Bengkel Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan pada 19-21 April 2011 di Hotel Residence, UNITEN Bangi. Anjuran Pusat Kajian Sungai.

II        Kem Pemimpin Muda Prihatin Air di Kelantan pada 26 April 2011. Anjuran Pusat Kajian Geohidrologi. 

4.       Kita juga telah menerima 2 lawatan luar sepanjang bulan April. Pada 5 April 2011 kita telah menerima lawatan teknikal dari Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan pada 29 April 2011, kita telah menerima Lawatan Kerja dari  Puncak Niaga Holdings Berhad. Pada 27 April 2011 pula, Puspanita NAHRIM telah berjaya menganjurkan Lawatan PUSPANITA NAHRIM ke Penjara Wanita Kajang dan Pertandingan bowling antara ahli PUSPANITA NAHRIM.  

5.       Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh NAHRIM.

Warga NAHRIM yang dikasihi sekalian.

Mengeluarkan Kenyataan Tanpa Kelulusan

6.       Sebelum saya meneruskan ucapan saya pada pagi ini, Satu peringatan penting yang ingin saya sampaikan iaitu, semua penjawat awam tidak boleh mengeluarkan kenyataan tanpa kelulusan terlebih dahulu daripada peringkat Ketua Pengarah dan ke atas. Ini bagi mengelakkan pihak yang melapor seperti media massa, tidak melaporkan maklumat lengkap atau memutarbelit fakta untuk mendapatkan berita sensasi. Sekiaranya tuan-puan berhadapan dengan situasi tersebut, minta mereka terus berurusan dengan Unit Komunikasi Korporat di peringkat Jabatan atau Kementerian. 

Persediaan Kejohanan Sukan NRE 2011

7.       Saya difahamkan pada bulan April lepas, telah dianjurkan beberapa pertandingan acara sukan bagi mengenalpasti bakat dan seterusnya pemilihan peserta ke Kejohanan Sukan NRE 2011. Perjuangan dan kerjasama semua warga NAHRIM amat diperlukan dan diharapkan agar sasaran kita tercapai.

Penyelidikan Bertaraf Antarabangsa

8.       Sebagaimana kita sedia maklum bahawa,

Visi NAHRIM:

Menjadi sebuah Pusat Rujukan Penyelidikan Air dan persekitarannya yang unggul di dunia menjelang tahun 2030.

Misi NAHRIM:


Memberi perkhidmatan cemerlang sebagai pusat pakar rujuk kebangsaan dalam bidang air  dan persekitarannya untuk memastikan pembangunan negara yang mampan demi kesejahteraan dan peningkatan kualiti hidup rakyat.

9.       Sehubungan dengan itu, besarlah harapan saya agar semua warga NAHRIM memahami dan sentiasa bersedia untuk mencapai Visi dan Misi penubuhan NAHRIM ini.

Warga NAHRIM yang dikasihi sekalian. 

- Minit Mesyuarat JPKA NRE Bil 1/2011

Kehilangan Aset Alih Kerajaan

10.     Yg. Bhg. Dato’ Zoal Azha bin Yusof  memaklumkan bahawa setiap penjawat Awam perlulah sedar akan kepentingan mengurus serta menjaga aset kerajaan dan hal-hal keselamatan yang berkaitan dalam memastikan kehilangan aset-aset Kerajaan tidak berlaku. Inisiatif ini adalah tanggungjawab bersama merangkumi pihak pengurusan atasan sehingga ke peringkat sokongan. Saya ingin mengambil perhatian semua warga NAHRIM agar tiada kes kehilangan aset kerajaan berlaku di NAHRIM. Oleh itu, pengurusan, penjagaan serta hal-hal keselamatan perlu diutamakan dan ditingkatkan.

11.     Yg. Bhg. Dato’ Zoal Azha bin Yusof  juga telah mengambil perhatian supaya semua jabatan mengambil tindakan ’preventive’ secara menyeluruh. Di samping itu juga, aspek penyeliaan dan pemantauan yang berkesan perlu diberi perhatian dan penekanan bagi memastikan pegawai penyelia tidak lepas tangan atau tidak ambil pusing hasil kerja pegawai bawahan.

- MINIT MESYUARAT PASCA KABINET, NRE Bil 5/2011

CADANGAN PELAKSANAAN PEMASANGAN SISTEM PENGUMPULAN DAN PENGGUNAAN SEMULA AIR HUJAN DALAM PEMBANGUNAN MELALUI PINDAAN UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984 

12.     Y.B. Menteri memaklumkan bahawa Jemaah Menteri telah meluluskan Memorandum daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berhubung perkara tersebut. Dalam hal ini, beliau memaklumkan bahawa Jemaah Menteri bersetuju supaya pemasangan SPAH adalah diwajibkan dalam pembangunan melalui pindaan Undang-undang Kecil 10 dan 115 di bawah UKBS 1984 bagi jenis-jenis bangunan seperti berikut:

  1. Bangunan kediaman iaitu rumah banglo dan rumah berkembar sahaja; dan

13.     Dengan kelulusan memorandum ini, kita semua perlu bersedia, khususnya Pusat Kajian Sumber Air dalam memberi perkhidmatan yang berkaitan.

Penutup

14.     Sebagai mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir pada Perhimpunan bulanan pada kali ini.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Assalamualaikum W.B.T.

 
  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun