red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Perhimpunan Bulanan Bil. 6/2011

on . Posted in Teks Ucapan YBhg. Ketua Pengarah

UCAPAN YANG BERBAHAGIA KETUA PENGARAH NAHRIM

PERHIMPUNAN BULANAN BIL 6/2011

PADA 17 JUN 2011

 

Terima kasih diucapkan kepada Saudara Pengerusi Majlis

Yang dihormati Pengarah-Pengarah Pusat Kajian dan Bahagian

Pegawai-Pegawai Penyelidik Kanan

Seterusnya, Warga NAHRIM yang dikasihi sekalian

Assalamualaikum dan  Salam Satu Malaysia

1. Syukur  alhamdulillah kerana sekali lagi kita dapat berkumpul pada pagi ini, bagi menjayakan Majlis Perhimpunan Bulanan bil 6/2011.

 

 

2.       Sebagai  makluman semua warga NAHRIM, sepatutnya majlis perhimpunan bulanan ini diadakan pada awal bulan, namun disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, maka ia ditunda hingga ke pagi ini.  

 

Terima kasih, tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua yang hadir.  

 

Ucapan Tahniah atas Penganjuran Seminar dan Bengkel

3.       Sepanjang bulan Mei yang lalu, beberapa aktiviti dan penganjuran telah berjaya disempurnakan oleh Pusat Kajian /Bahagian iaitu:

I Seminar Kebangsaan Penyelidikan dan Pengurusan Tasik serta Lembangannya ke arah Penggunaan Berkekalan di Malaysia: Status Semasa Tasik-Tasik Terpilih di Malaysia Peringkat 2, pada 10-11 Mei 2011, di Hotel Equatorial Cameron Highlands. Anjuran Pusat Kajian Kualiti Air dan Alam Sekitar.

 

 

II        Selain itu, NAHRIM juga telah menyertai pameran di bawah seliaan Bahagian Perancangan dan Penilaian, sempena International Conference of Asian Political Parties (ICAPP) pada 5-7 Mei 2011, di PWTC, Kuala Lumpur. Anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

4.       Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan, yang terlibat dalam menyertai program luar, dan menjayakan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh NAHRIM.

 

Warga NAHRIM yang dikasihi sekalian.

Bayaran Balik Caj  Penggunaan Telefon Untuk Kegunaan Peribadi

5.       Setiap bulan, Pihak Bahagian Perancangan dan Penilaian, melalui PA Pusat Kajian/bahagian, akan mengedarkan bil penggunaan telefon kepada setiap pegawai. Semua warga NAHRIM dibenarkan menggunakan perkhidmatan talian telefon NAHRIM. Ini kerana, talian tempatan jauh lebih berpatutan berbanding talian mudah alih. Namun harus diingat, jika panggilan yang dibuat adalah urusan peribadi, mereka yang berkenaan perlu membuat panggilan tersebut diluar waktu pejabat, dan membayar balik kos penggunaan tersebut.

 

Tuntutan Perjalanan dan Kerja Lebih Masa

6.       Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini, untuk mengingatkan kepada semua warga NAHRIM, agar jujur dan ikhlas dalam mengemukakan Tuntutan Perjalanan dan Tuntutan Kerja Lebih Masa kepada unit kewangan, Bahagian Khidmat Pengurusan. Pegawai-pegawai atasan, diminta memantau pegawai bawahan jika mengeluarkan arahan kerja lebih masa. Pengarah juga perlu mengambil perhatian serius, agar tiada pegawai mengambil kesempatan di dalam membuat tuntutan.

7.       Jadual yang teratur dan terperinci serta pemantauan yang rapi dapat mengelakkan sebarang penipuan dalam membuat tuntutan. Tindakan tatatertib akan diambil jika berlaku penipuan dan mempunyai bukti yang kukuh.

Ucapan Menteri NRE - Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Dan Anugerah Lama Berkhidmat (ALB) Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar Tahun 2010

 

Perkhidmatan yang cemerlang

8.       Saya meminta agar semua warga NAHRIM menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan komitmen dan dedikasi yang tinggi. Kita perlu mempunyai mindset untuk membawa perubahan dan membentuk agenda bagi memberikan yang terbaik kepada perkhidmatan, iaitu giving our best, right from the beginning.

 

9.       Rakyat, iaitu pelanggan kita menaruh harapan tinggi kepada kita dan memerlukan pegawai-pegawai awam yang boleh berfikir, a thinking public service. Kejayaan kita diukur menerusi penyampaian perkhidmatan yang menepati harapan serta kehendak dan cita rasa pelanggan.  

 

10.   Dalam merealisasikan hasrat ini, kita perlulah membuat lonjakan paradigma di mana pegawai-pegawai awam perlu mengubah cara kerja yang lapuk dan ketinggalan zaman kepada corak kerja yang pantas, tepat, inovatif dan berkesan. Sesuai dengan ungkapan YAB Perdana Menteri semasa persidangan Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPA) baru-baru ini, iaitu:

 

Belum dipanggil sudah datang, 

Belum disuruh sudah pergi, 

Belum diminta sudah diberi, 

Belum ditanya sudah jawab. 

 

11.     Sebagai mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir pada Perhimpunan bulanan pada kali ini.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Assalamualaikum W.B.T.

 

 

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun