Cetak

Perhimpunan Bulanan Bil. 7/2011

on . Posted in Teks Ucapan YBhg. Ketua Pengarah

UCAPAN YANG BERBAHAGIA KETUA PENGARAH NAHRIM

PERHIMPUNAN BULANAN BIL 7/2011

PADA 21 JULAI 2011

Terima kasih diucapkan kepada Saudara Pengerusi Majlis

Yang dihormati Pengarah-Pengarah Pusat Kajian dan Bahagian

Pegawai-Pegawai Penyelidik Kanan

Seterusnya, Warga NAHRIM yang dikasihi sekalian

Assalamualaikum dan  Salam Satu Malaysia

 

1. Syukur  alhamdulillah kerana sekali lagi kita dapat berkumpul pada pagi ini, bagi menjayakan Majlis Perhimpunan Bulanan bil 7/2011. 

Terima kasih, tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua yang hadir.  

 

Ucapan Tahniah atas Penganjuran Seminar dan Bengkel

3.       Sepanjang bulan Jun yang lalu, beberapa aktiviti dan penganjuran telah berjaya disempurnakan oleh Pusat Kajian /Bahagian iaitu:

4.       Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan, yang terlibat dalam menyertai program luar, dan menjayakan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh NAHRIM.

Warga NAHRIM yang dikasihi sekalian.

Mematuhi Peraturan yang Telah Ditetapkan

5.       Sebagai penjawat awam, kita semua perlu mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan adalah bertujuan untuk membentuk penjawat awam yang cemerlang dan berdisiplin.

6.       Sebagai Ketua Jabatan, saya ingin melihat penjawat awam yang bekerja di NAHRIM mempunyai disiplin yang tinggi dan boleh menjadi contoh kepada penjawat awam  di jabatan lain. Seterusnya disanjungi oleh kontraktor dan pelawat NAHRIM. Sebagai contoh, etika pemakaian penjawat awam. Warga NAHRIM perlu mematuhi Etika Pemakaian yang telah ditetapkan oleh Kerajaan iaitu Pekeliling Perkhidmatan bil 2/1985 dan surat Pekeliling Perkhidmatan bil 1/2006. Pemakaian anda semua akan dipantau dari masa ke masa.

7.       Selain itu, warga NAHRIM juga perlu mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan. Sebagai contoh, Meletak kenderaan di petak parking yang telah disediakan. Jumlah keseluruhan petak parking kereta di sekitar NAHRIM adalah sebanyak 107 petak. Petak parking motosikal pula adalah sebanyak 28 petak. Dengan merujuk kepada jumlah petak parking yang telah disediakan, semua kenderaan kakitangan NAHRIM  telah mencukupi. Kecuali terdapat Majlis/aktiviti yang melibatkan orang luar. Jika diperhalusi, disiplin warga NAHRIM juga boleh dinilai dengan peraturan ini.

7.       Begitu juga penggunaan jalan di sekitar NAHRIM. Dikesempatan ini, saya ingin memaklumkan sekali lagi bahawa jalan yang mengelilingi Makmal Hidraulik & Instrumentasi adalah jalan sehala iaitu mengikut arah jam. Saya berharap warga NAHRIM sekalain dapat menjadi contoh kepada pelawat dan kontraktor mengikut peraturan yang telah ditetapkan ini.

 

Warga NAHRIM yang dikasihi sekalian.

Petikan Minit Mesyuarat Ketua-Ketua JabatanKementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar Bil. 4 /2011

Integriti Pegawai Kerajaan Dalam Urusan Perolehan Kerajaan  

9.       YBhg. Dato’ Zoal Azha bin Yusof Mengingatkan kepada semua warga NRE agar mengamalkan sikap integriti dan memegang amanah dengan jujur dalam urusan perolehan kerajaan. Kepada semua warga NAHRIM, dingingatkan agar menanam sikap integriti yang tinggi dan sentiasa jujur dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.

 

 

 

Program Transformasi Kerajaan (GTP)

 

Program Transformasi Kerajaan (GTP-Government Transformation Program) diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak pada bulan April 2009, dan akan diterajui oleh beliau sendiri.

 

Beliau  telah melancarkan Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) pada 28 Jan 2010 yang disifatkan sebagai satu kesimpulan daripada hasrat rakyat.

 

Dua objektif GTP adalah – pertama, untuk mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat; dan kedua, memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju, bersatu-padu dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuk semua.

 

Ini sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan 2020 iaitu untuk Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya. Enam NKRA (National Key Result Areas) telah dikenalpasti untuk menuju ke arah transformasi Kerajaan iaitu:

 

I         Mengurangkan Jenayah.

- Kerajaan mensasarkan untuk mengurangkan jenayah   bagi memastikan kita dan yang tersayang Selamat dan tidak hidup dalam ketakutan akibat menjadi mangsa jenayah dalam menjalani kehidupan seharian. Kerajaan        jugamensasarkan untuk meningkatkan persepsi awam tentang keselamatan dan menambahkan kepuasan awam terhadap polis atas unsur-unsur  khidmat pelanggan.

II        Membanteras Rasuah.

- Kerajaan mensasarkan untuk membanteras rasuah  bagi meningkatkan tahap tahap kepercayaan rakyat terhadap kerajaan dan Penjawat Awam.

III       Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar.

- Kerajaan mensasarkan untuk memperbaiki                                              pencapaian pendidikan dengan memastikan setiap pelajar mempunyai akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

IV Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi rumah Berpendapatan Rendah.

- Kerajaan mensasarkanuntuk meningkatkan taraf                                      kehidupan isirumah berpendapatan rendah dengan cara yang mampan, memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan dengan cepat dan       cekap serta mencipta peluang menjana pendapatan dengan mandiri.

V        Mempertingkatkan Infrastruktur Asas Luar Bandar.

- Kerajaan mensasarkan untuk mempertingkatkan infratruktur asas untuk memperbaiki kualiti kehidupan penduduk luar Bandar bagi memastikan akses kepada tahap kemudahan asas yang minima.

VI       Mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar.

- Kerajaan mensasarkan untuk mempertingkatkan pengangkutan awam Bandar dalam jangka masa sederhana bagi memperbaiki kehidupan warga kota dengan mengurangkan masa perjalanan, kos pengangkutan dan kesan kepada alam sekitar.

 

 

Perkaitan dengan NAHRIM

I         Mengurangkan Jenayah.

- Mewujudkan Jawatankuasa Keselamatan yang   bertanggungjawab dalam menjaga aset kerajaan

II        Membanteras Rasuah.

III       Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar.

IV Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi rumah.Berpendapatan Rendah.

V        Mempertingkatkan Infrastruktur Asas Luar Bandar.

VI       Mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar.

 

Dengan merujuk kepada objektif Program Transformasi Kerajaan (GTP) ini, warga NAHRIM selaku penjawat awam perlu mengambil maklum dan memahami  program-program yang dilancarkan oleh kerajaan, agar kita semua dapat menyahut saranan kerajaan dan membantu dalam bidang yang berkaian bagi merealisasikan objektif program yang telah dilancarkan.

Penutup

Kejohanan Sukan NRE 2011 Kali Ke 4

Sebagaimana kita sedia maklum bahawa Kejohanan Sukan NRE 2011 Kali Ke 4 telah tamat pada 17 Julai 2011. Pelbagai rintangan, pengalaman, dugaan dan kegembiraan kita telah harungi bersama. Walaupun sasaran kita tidak tercapai, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua kontinjen NAHRIM yang berusaha dengan gigih dalam memberi saingan sepanjang kejohanan tersebut.

Langkah Catur Janganlah Tersasar

Bila Diserang Perlu Bertahan

Semua Jabatan Terkejut Besar

Bila NAHRIM Dinobat Sebagai Johan

 

 

 

Nampak Bola, Mahu Ditendang

Gawang Sendiri, Mahu Dijaga

Walaupun Di NAHRIM, Tiada Padang

Siapa Sangka, Tempat Ketiga

 

 

Walau Harimau, Datang Menyerang

Walau Raksaksa, Membelah Bumi

Banyak acara, telah ada Kemajuan

Namun Masih Perlu, Berusaha Lagi

 

 

Tempat Keempat,  Menjadi Sasaran

Namun yang dapat, Tempat Kelapan,

Tahniah Dan Syabas, Tetap Saya Ucapkan

Menang Kalah Adat Pertandingan

 

 

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Assalamualaikum W.B.T.