red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Perhimpunan Bulanan Bil. 9/2011

on . Posted in Teks Ucapan YBhg. Ketua Pengarah

UCAPAN YANG BERBAHAGIA KETUA PENGARAH NAHRIM

PERHIMPUNAN BULANAN BIL 9/2011

PADA 20 September 2011

Terima kasih diucapkan kepada Saudari Pengerusi Majlis

Yang dihormati Pengarah-Pengarah Pusat Kajian dan Bahagian

Pegawai-Pegawai Penyelidik Kanan

Seterusnya, Warga NAHRIM yang dikasihi sekalian

Assalamualaikum dan  Salam Satu Malaysia

1. Syukur  alhamdulillah kerana sekali lagi kita dapat berkumpul pada pagi ini, bagi menjayakan Majlis Perhimpunan Bulanan bil 9/2011.

2.       Terima kasih, tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua yang hadir.

3.     Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari Raya Hari Raya Aidul Fitri  dan Salam Kemerdekaan ke-54 kepada semua warga NAHRIM. .

Syawal 1432H

Warga NAHRIM yang dikasihi sekalian.

4.    Ketibaan Syawal bererti membawa kemenangan bagi kita setelah berjaya menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan. Ia merupakan lambang kemenangan umat Islam hasil dari "peperangan" menentang musuh dalam jiwa yang terbesar, yaitu hawa nafsu.


Firman Allah SWT,

"Dan agar kamu membesarkan Allah atas apa-apa yang telah Ia memberi petunjuk kepada kamu, dan agar kamu bersyukur atas nikmat-nikmat yang telah diberikan" (Surah Al-Baqarah: 185).

5.      Dibandingkan dengan bulan-bulan lain, pada bulan inilah umat Islam sangat banyak melakukan amalan silaturahim dengan  berkunjung ke kampung halaman, saling bermaafan dengan saudara-mara,  teman atau jiran tetangga, dan sebagainya. Betapa Syawal  menjadi bulan yang penuh barakah, rahmat, dan ampunan Allah kerana umat Islam menguatkan tali silaturahim dan ukhuwah Islamiyah. 

 

Sunat Puasa Enam

6.     Puasa enam hari pada bulan Syawal selepas mengerjakan puasa di bulan Ramadhan adalah amalan sunnat yang dianjurkan bukan wajib.

7.     Banyak sekali keutamaan dan pahala yang besar bagi puasa ini. Diantaranya, barangsiapa yang mengerjakannya nescaya dituliskan baginya puasa satu tahun penuh (jika ia berpuasa pada bulan Ramadhan). Sebagaimana diriwayatkan dalam sebuah hadits shahih dari Abu Ayyub Radhiyallahu 'Anhu bahawa Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:

"Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringinya dengan puasa enam hari bulan Syawal, berarti ia telah berpuasa setahun penuh."
(H.R Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasa'i dan Ibnu Majah)

Sempena Sambutan Kemerdekaan

4. Sambutan Kemerdekaan ke 54 pada tahun ini adalah “Tranformasi Berjaya Rakyat Sejahtera” di mana erti kemerdekaan bukan lagi sematamata dengan mengibar Jalur Gemilang, tetapi berusaha habishabisan bagi membawa negara kita ke tahap kejayaan yang jauh lebih hebat,”. YAB. Perdana Menteri Malaysia semasa berucap di Majlis Sambutan Hari Malaysia pada 16 September lalu menekankan, empat warna pada Jalur Gemilang perlu difahami oleh semua rakyat Malaysia kerana ia melambangkan hala tuju negara berteraskan prinsip yang melonjakkan Malaysia ke tahap yang lebih gemilang

Ucapan Tahniah atas Penganjuran Seminar dan Bengkel

6.       Sepanjang bulan Ogos yang lalu, beberapa aktiviti dan penganjuran telah berjaya dilaksanakan dan dihadiri  antaranya:

  1. Majlis Berbuka Puasa NAHRIM yang telah diadakan pada 11 Ogos 2011
  2. Program Ceramah Khas Ihya’ Ramadhan 1432 H yang diadakan pada 11 Ogos 2011di Dewan Baiduri, NRE
  3. Ceramah Kasih Ramadhan anjuran Biro Agama, Kebajikan PUSPANITA pada 24 Ogos 2011 di Bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak

7.       Selain itu, NAHRIM telah mengadakan dua (2) lawatan iaitu:

  1. Lawatan Tapak ke Taman Tasik Botani Perdana

Lawatan tersebut truut disertai bersama Pengarah Pusat Kajian Kualiti Air dan ALam Sekitar , Dr. Pauziah Hanum binti Abd Ghani dan beberapa Pegawai Penyelidik lain

  1. Lawatan Kerja ke Brshan Park, Singapura pada 15 Ogos 2011.

Lawatan tersebut  telah berjaya memberi pendedahan secara terus dan perkongsian kepakaran di peringkat antarabangsa kepada penyelidik NAHRIM berkaitan Teknologi Integrated Waterscape yang telah terbukti berjaya diaplikasikan pada tasik di Singapura yang menjadikannya harmoni dari segi ekosistem, dan menyumbang kepada peningkatan kualiti air tasik dan persekitarannya. Lawatan turut disertai oleh Ir. Mohd Zaki Mat Amin, Pengarah Pusat Kajian Sumber Air, Dr. Pauziah Hanum Abd Ghani, Pengarah Pusat Kajian Kualiti Air dan Alam Sekitar dan beberapa pegawai penyelidik.

Perbincangan turut fokus kepada Standard Operating Procedure yang dilaksanakan bagi tujuan pengurusan tasik dan persekitaran tadahannya merangkumi kesediaan unit dan kepakaran pengurusan tasik, pemantauan kualiti air, pemantauan biodiversiti flora dan fauna tasik, pengurusan baja, sistem air kumbahan (sewage and sullage) serta perkongsian maklumat berkaitan kaedah terbaik yang diamalkan Singapura dalam menangani masalah utama tasik yakni pengurusan air ribut, air hujan dan hakisan tanah.

8.       Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan, yang terlibat dalam menyertai program luar, dan menjayakan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh NAHRIM.

Warga NAHRIM yang dikasihi sekalian.

Di kesempatan ini juga, saya ingin menyampaikan beberapa amanat antaranya adalah:

  1. Sambutan Hari Inovasi 2011 yang akan diadakan pada 31 Oktober 2011. Pelbagai pertandingan akan diadakan sempena sambutan Hari Inovasi ini antaranya:
    1. Anugerah Penarafan Bintang (Star Rating) Terbaik Kategori Jabatan/ Agensi di Bawah NRE.
    2. Anugerah Rekaan dan Hiasan Pameran Terbaik
    3. Pertandingan Kempen ‘NRE Goes Green’
    4. Pertandingan Koir Inovasi
    5. Anugerah Pelaksanaan Amalan 5’S NRE Terbaik
    6. Anugerah Kumpulan Inovasi dan Kreativiti (KIK) Terbaik Kategori Teknikal

  1. Program Simfoni Seni pada 6 Disember 2011 yang melibatkan penyertaan daripada semua Jabatan di bawah NRE.

  1. Pematuhan Latihan 7 Hari Setahun

Diharap agar setiap pegawai menepati arahan berkursus sekurang-kurangnya 7 hari bagi tahun ini.

  1. Pemantauan HRMIS Bagi Modul Isytihar Harta Dan Sasaran Kerja Tahunan

Diharap agar setiap pegawai mengisi dan mengemaskini Modul Isytihar Harta dan Sasaran kerja tahunan masing-masing di dalam sistem HRMIS

Penutup

Warga NAHRIM sekalian,

9.       Sebelum saya mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, saya mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Salam Kemerdekaan kepada semua warga NAHRIM.

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba bernyawa
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia.

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan
 

Berlapis Cempaka Di Sisi Kekwa,
Indah Redup Dihias Melati;
Semangat Merdeka Kekal Di Jiwa,
Nescaya Hidup Lebih Bererti.


Rawa Di Tanjung Kemas Dipaku,
Di Dada Jejawi Bersilang Hiasan;
Jiwa Meyanjung Lagu Negaraku,
Tanda Pertiwi Dijulang Warisan.


Awan Tenang Berseri Hiasan,

Kedidi Di Hutan Riuh Belaka;
Pahlawan Dikenang Watan Warisan,
Menjadi Ikutan Rakyat Merdeka.


Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Assalamualaikum W.B.T.

 
  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun