red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Perhimpunan Bulanan Bil. 10/2011

on . Posted in Teks Ucapan YBhg. Ketua Pengarah

UCAPAN YANG BERBAHAGIA KETUA PENGARAH NAHRIM

PERHIMPUNAN BULANAN BIL 10/2011

PADA 20 Oktober 2011

Terima kasih Saudari Pengacara Majlis

Yang dihormati Pengarah-Pengarah Pusat Kajian dan Bahagian

Pegawai-Pegawai Penyelidik Kanan

Seterusnya, Warga NAHRIM yang dikasihi sekalian

Assalamualaikum dan  Salam Satu Malaysia

 

1. Syukur  alhamdulillah kerana sekali lagi kita dapat berkumpul pada pagi ini, bagi menjayakan Majlis Perhimpunan Bulanan bil 10/2011.

 

2.       Terima kasih, tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua yang hadir.

 

Ucapan Tahniah atas Penganjuran Seminar dan Bengkel

  1. i) NAHRIM telah diiktiraf mendapat 5 Bintang dalam penilaian Laman Web Agensi Sektor Awam oleh Multimedia Development Corporation (MDeC)

Penilaian ini telah diumumkan pada 30 September 20011.

 

3.       Sepanjang Bulan September hingga Oktober yang lalu beberapa aktiviti dan penganjuran telah berjaya disempurnakan oleh Pusat Kajian /Bahagian iaitu:

  1. ii) Lawatan ke Pelabuhan Kuantan, Pahang

Lawatan tersebut pada 3 – 4 Oktober 2011 yang disertai bersama Pengarah Pusat Kajian Pantai dan Pengarah Makmal Hidraulik dan Instrumentasi serta pegawai-pegawai MHI.

 

iii) Karnival Komuniti Paya Indah Wetland 

Pameran sempena Karnival Komuniti Paya Indah Wetland anjuran Perhilitan yang telah diadakan pada 8 dan 9 Oktober 2011 di Paya Indah Wetland yang melibatkan beberapa pegawai Pusat Kajian Kualiti Air dan Alam Sekitar dan Bahagian Perancangan dan Penilaian

 

iv) Minggu Alam Sekitar NRE

Minggu Alam Sekitar NRE yang telah diadakan pada 18 hingga 19 Oktober 2011 di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu di mana NAHRIM terlibat di dalam anjuran pameran yang diadakan.

 

MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN

4.       Saya juga ingin memetik perutusan Yang Berbahagia Dato’ KSU  dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan yang diadakan pada 28 September 2011.

 

(1) Indeks Akauntabiliti

 

YBhg. Dato’ Pengerusi memaklumkan bahawa NRE telah mencapai penarafan empat (4) bintang dengan menduduki tempat pertama dalam Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti yang dikeluarkan

 

oleh Jabatan Audit Negara sempena Hari Audit Se-Malaysia pada 27 September 2011.

 

 

(2) Pemenang Cabaran PEMUDAH: Musim Kedua

 

YBhg. Dato’ Pengerusi memaklumkan bahawa Kementerian ini telah menghantar sebanyak 826 penyertaan dalam Cabaran PEMUDAH: Musim Kedua yang telah diadakan pada 1 hingga 30 April 2011. Sebanyak sembilan (9) penyertaan dari  NRE  telah berjaya memenangi cabaran ini dan menerima hadiah sebanyak RM1,000 dari pihak PEMUDAH iaitu dari JUPEM, BPKN (NRE), JPS, FRIM dan INSTUN.

Walau bagaimanapun, saya merakamkan tahniah kepada warga  NAHRIM yang telah menghantar penyertaan dan berharap NAHRIM akan tersenarai sebagai pemenang pada masa akan datang

 

LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH 

4. Selain itu, saya dan beberapa orang pegawai NAHRIM telah mengikuti Lawatan Kerja Ketua Pengarah di :

 

  1. i) Tapak Projek Sungai Langat bersama pegawai penyelidik Pusat Kajian Sungai pada 13 Oktober 2011
  1. ii) Program Klip-klip di Sungai Kemaman bersama Pegawai Penyelidik Pusat Kajian Sungai pada 18 Oktober 2011

 

HARI INOVASI NRE

 

Warga NAHRIM sekalian,

5.       Sempena Hari Inovasi NRE:

 

i)  NAHRIM telah menerima lawatan bagi Penilaian Anugerah Penarafan Bintang (Star Rating) yang diadakan pada 5 Oktober 2011 yang melibatkan 10 pegawai dari NRE

 

ii) NAHRIM juga telah menerima lawatan bagi penilaian bagi Pertandingan Kempen NRE Goes Green yang diadakan pada 14 Oktober 2011.

 

  1. iii)

 

 

LANGKAH-LANGKAH PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA ELEKTRIK DAN AIR

 

6.       Saya juga ingin mengingatkan warga NAHRIM sekalian berkenaan langkah-langkah penjimatan penggunaan elektrik dan air di mana setiap warga NAHRIM bertanggungjawab di dalam:

 

 

 


  • Pastikan semua peralatan elektrik, IT dan sebagainya yang tidak digunakan dimatikan sebelum pulang atau meninggalkan pejabat terutamanya sebelum cuti hujung minggu.
  • Pastikan lampu koridor dan lampu jalan dipadamkan pada waktu siang.
  • Padamkan lampu pada waktu rehat atau tidak digunakan.
  • Pastikan pintu dan tingkap tidak dibiarkan terbuka.
  • Matikan penyaman udara jika keluar pejabat melebihi satu (1) jam.
  • Matikan juga suis penyaman udara bagi split unit jika mematikan penyaman udara.
  • Pastikan semua penyaman udara ditutup sebelum pulang.
  • Pastikan “Rain Water Harvesting System (RWHS)” untuk tandas bangunan pentadbiran dan Makmal Kualiti Air (MKA) berfungsi.
  • Pastikan “Rain Water Harvesting System (RWHS)” digunakan 100% bagi R&D di Makmal Hidraulik Dan Instrumentasi (MHI).
  • Lapor kerosakan segera kepada pegawai yang bertanggungjawab sekiranya “Rain Water Harvesting System ” mengalami kerosakan.

     

    10.Lapor kerosakan segera kepada pegawai yang bertanggungjawab sekiranya “Rain Water Harvesting System ” mengalami kerosakan.

     

     

    PERSEDIAAN AUDIT AMALAN 5’S DI NAHRIM

     

    7.       Untuk makluman Warga NAHRIM sekalian, Mini Konvensen 5’S akan diadakan pada 31 Oktober 2011 di NRE,

    Sehubungan dengan itu, sekiranya NAHRIM mendapat ranking no. 1 – 5 maka audit 5S akan diadakan di NAHRIM pada awal November 2011 yang mana penilai tersebut terdiri daripada juru audit 5S NRE, MPC dan SIRIM.

     

    Manakala untuk renew lesen 5S NAHRIM yang telah tamat tempoh pada bulan 7Julai 2011 akan dinilai pada awal November 2011. Penilaian ini akan di nilai oleh MPC bagi menentukan sama ada NAHRIM layak ataupun tidak.

    Sehubungan dengan itu, saya menyeru Warga NAHRIM sekalian bagi:

    1. Melengkapkan sudut 5S bagi setiap bahagian / pusat kajian masing-masing dengan melengkapkan carta, impak 5S, carta perbatuan dan lain-lain lagi. 

     

     

    1. Setiap Pusat Kajian/ Bahagian harus mempunyai penyelia 5’S masing-masing di mana penyelia merangkumi penyelia tandas, pejabat, bilik mesyuarat dan sebagainya. 
    2. Melengkapkan dan meletakkan ruang petak bagi tong sampah, mesin potostat dan lain-lain. 
    3. Meja hendaklah sentiasa dalam keadaan yang kemas 
    4. Susun dengan kemas dan menandakan fail, alatan stor dan lain-lain. 

     

     

    Penutup

    Warga NAHRIM sekalian,

    6.       Sebagai mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir pada Perhimpunan Bulanan pada kali ini.

    Kata-kata hikmah dari Ali RA

    1. The strongest among you is he who ? himself
    2. The sumtotal of excellence is knowlege
    3. Generosity hides shortcomings
    4. Courtesy costs nothing but buys anything.

    Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Assalamualaikum W.B.T.

    • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
    • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun