red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Perhimpunan Bulanan Bil. 12/2011

on . Posted in Teks Ucapan YBhg. Ketua Pengarah

UCAPAN YANG BERBAHAGIA KETUA PENGARAH NAHRIM

PERHIMPUNAN BULANAN BIL 12/2011

PADA 14 Disember 2011

Terima kasih diucapkan kepada Saudari Pengerusi Majlis

Yang dihormati Pengarah-Pengarah Pusat Kajian dan Bahagian

Pegawai-Pegawai Penyelidik Kanan

Seterusnya, Warga NAHRIM yang dikasihi sekalian

Assalamualaikum dan  Salam Satu Malaysia

 

1. Syukur  alhamdulillah kerana sekali lagi kita dapat berkumpul pada pagi ini, bagi menjayakan Majlis Perhimpunan Bulanan bil 12/2011.

 

2.       Terima kasih, tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua yang hadir.

 

3.    Sepanjang Bulan November hingga Disember pelbagai aktiviti dan penganjuran telah berjaya disempurnakan oleh Pusat Kajian /Bahagian iaitu:

  1. Gotong-royong bersama warga Kuarters NAHRIM membersihkan kawasan NAHRIM, kuarters, rumah tamu dan taska pada 24 November 2011 anjuran AKRAB NAHRIM.
  2. Seminar On Water Security pada 25 November 2011 yang diadakan di Dewan Baiduri, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar anjuran bersama NAHRIM dengan Persatuan Perikatan Air Malaysia (MyWP).
  3. Ceramah Ma’al Hijrah pada 02 Disember 2011, anjuran AJK Surau yang diadakan di Surat Taqi Ad-Din.

 

 

 

LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH 

4.       Selain itu, saya dan beberapa orang pegawai NAHRIM telah mengikuti Lawatan Kerja Ketua Pengarah antaranya adalah :

i-        Lawatan kerja ke Ranhill pada 23 November 2011 bersama beberapa pengarah Pusat Kajian dan pegawai BPP; dan

ii-       Lawatan Projek SPAH Sekolah Menengah Kebangsaan Sapulut, Nabawan, Sabah pada 1 – 3 Disember 2011 bersama beberapa pegawai PKSA.

 

 

Saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan, yang terlibat dalam menyertai program luar, dan menjayakan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh NAHRIM.

Semua maklum tentang skim baru yang diperkenalkan oleh JPA iaitu SBPA yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2012.  Sebentar lagi Puan Reni, Pengarah BKP akan memberikan sedikit taklimat mengenai SBPA ini secara ringkas.

Untuk makluman semua, NAHRIM akan menganjurkan Seminar Showcase R&D NAHRIM dan Hari Bersama Pelanggan pada 16 Disember 2011.   Dijangka seramai 200 orang awam yang akan memeriahkan Hari Bersama Pelanggan NAHRIM dan seramai 60 orang penyertaan akan menghadiri Seminar tersebut.

 

SAMBUTAN HARI KRISMAS

5.       Sempena perayaan Hari Krismas yang bakal menjelang, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua yang beragama Kristian. Kepada yang pulang bercuti di hujung tahun, ingatlah agar sentiasa berhati-hati di jalan raya dan mengambil tindakan keselamatan yang sewajarnya. Pastikan semua peralatan elektrik dan elektronik di

 

 

pejabat dimatikan sebelum meninggalkan pejabat di samping memastikan semua  pintu dan tingkap dikunci sebelum meninggalkan rumah. Semoga kita semua dilindungi daripada sebarang kejadian yang tidak diingini.

 

TAHUN BARU

6.       Tidak lama lagi, tahun baru pula bakal menjelang tiba.  Dengan ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat  tahun baru 2012 untuk semua Warga NAHRIM.  Semoga tahun baru nanti NAHRIM akan lebih cemerlang dalam segala bidang.

Penutup

Warga NAHRIM sekalian,

6.       Sebagai mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, saya ingin menyampaikan beberapa rangkap pantun:

Kalau tuan pergi ke Kedah
Singgah semalam di Sungai Petani
Tahun baru semakin menjengah
Tingkatkan usaha gandakan produktiviti
 

 

 

Hujan menyapa menerpa pantai
Larutkan kerak ingatan kenangan
Segala salah menjelma damai
Di tahun baru penuh impian

Kita selidik tasik sungai dan lautan
Agar sumber air terpelihara mapan
Di awal tahun kobarkan harapan
Agar cerah masa
hadapan

 

Sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir pada Perhimpunan Bulanan pada kali ini.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Assalamualaikum W.B.T.

 

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun