red green blue contrast reset

facebook instagram flickr youtube twitter rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Kajian Kesesuaian Pengoptimaan Sumber Air Tanah di Jenderam Hilir, Dengkil, Selangor

on . Posted in Kajian & Projek

Pengenalan

Pusat Kajian Geohidrologi, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) sedang melakukan kajian optimisasi sumber air tanah di bawah projek Penyelidikan Pengurusan Air Tanah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) sebagai bekalan air alternatif negara di kawasan Jenderam Hilir, Dengkil, Selangor.  Kajian yang dilakukan ini dapat memberi maklumat mengenai kadar simpanan air tanah, mengenalpasti pergerakan aliran air tanah serta menentukan kedudukan zon-zon berpotensi kedapatan air tanah dikawasan tersebut. Hasil yang diperolehi penting untuk bekalan sumber air kedua di Negeri Selangor pada masa hadapan.

Lokasi:

Jenderam Hilir, Dengkil, Selangor

Objektif Projek

  1. Mengenalpasti kesesuaian optimisasi sumber air tanah di kawasan kajian;
  2. Mengenalpasti kesesuaian pembinaan lokasi telaga pengeluaran;
  3. Mengenalpasti potensi akuifer di kawasan kajian;dan
  4. Memodelkan pergerakan regim air tanah di kawasan kajian.

Output Projek:

  1. Membantu dalam perancangan sumber bekalan air alternatif; dan
  2. Menyediakan maklumat mengenai taburan dan simpanan air tanah di kawasan kajian.

Outcome projek;

i.Mengklasifikasikan zon pembangunan air tanah

ii.Mengurangkan kebergantungan kepada air permukaan

iii. Mengekalkan zon potensi air tanah

Tarikh Mula dan Jangkaan Tamat:

2009 hingga 2010

J1
Lokasi kawasan kajian

j2
Lokasi 25 peizometers dan 2 telaga, di Jenderam Hilir,  Dengkil, Selangor

j3

Persiapan untuk penggerudian bagi pembinaan telaga tiub

j4
Ujian pengepaman di telaga tiub DW2

j5
Pemantauan aras air tanah

j6
Pemantauan kualiti air tanah

j7
Persampelan air tanah bagi tujuan analisis kualiti air tanah

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun