red green blue contrast reset

facebook instagram flickr youtube twitter rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara NAHRIM-FRIM. 11 Sept 2017.

on . Posted in Arkib Berita 2017

         11 September 2017, Memorandum Persefahaman (MoU) antara Institut Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah ditandatangani di bilik Mesyuarat Shorea, FRIM. NAHRIM yang diwakili oleh Ketua Pegarah, YBhg. Datuk Ir. Dr. Azuhan Mohamed, manakala FRIM diwakili oleh YBhg. Dato’ Dr. Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah FRIM. Majlis ini disaksikan oleh Pengarah Pusat Kajian Kualiti Air dan Alam Sekitar, Ir. Dr. Lee Hin Lee dan Timbalan Ketua Pengarah Penyelidikan & Pembangunan FRIM, Dr. Ismail Harun. Majlis ini telah dihadiri oleh seramai 30 kakitangan dari kedua-dua institut.

        MoU ini bertujuan meneruskan kerjasama penyelidikan dan pembangunan antara FRIM dan NAHRIM dalam bidang sumber air, perhutanan dan alam sekitar. Antara penyelidikan bersama yang dicadangkan terdiri daripada pengurusan sumber air di dalam kawasan FRIM untuk menyokong hasrat FRIM tercapai pengiktirafan Tapak Warisan Dunia UNESCO pada akhir tahun depan. Kajian bersama kesan aliran air kapur terhadap kehidupan tumbuhan akuatik dan daratan. Cadangan agar sumber air alternatif melalui sistem penuaian air hujan dilaksanakan di sekitar bangunan FRIM oleh NAHRIM. Majlis ini turut menyokong program pertukaran singkat para penyelidik antara kedua-dia institut untuk menjayakan projek penyelidikan bersama.

MOU FRIM NAHRIM 1Sesi perbincangan antara delegasi daripada NAHRIM bersama FRIM.

MOU FRIM NAHRIM 2
YBhg. Datuk Ir. Dr. Azuhan Mohamed, Ketua Pengarah NAHRIM dan YBhg. Dato’ Dr. Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah FRIM
menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)
dan Institut Perhutanan Malaysia (FRIM).

MOU FRIM NAHRIM 3
Penyampaian cenderahati antara kedua belah pihak.

MOU FRIM NAHRIM 4
Wakil NAHRIM dan FRIM bergambar bersama setelah selesai sesi menandatangani MoU.

  • 1malaysiaapwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • nrejasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun