red green blue contrast reset

facebook instagram flickr youtube twitter rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

LAWATAN KUMPULAN PAKAR WORLD HEALTH ORGANIZATION (WHO) KE MAKMAL KUALITI AIR BAGI PENILAIAN PROJEK ‘WHO INTEGRATED GLOBAL SURVEY ON ESBL PRODUCING E. coli USING ONE HEALTH APPROACH’ |14 SEPTEMBER 2018.

on . Posted in Arkib Berita 2018

Disediakan oleh: Dr Noor Haza Fazlin Hashim, Muhammad Azroie Mohamed Yusoff dan Syazrin Syima Sharifuddin

  Kemunculan mikroorganisma kerintangan antibiotik (Antimicrobial Resistance-AMR) telah menjadi satu isu global yang memberi ancaman kepada kesihatan manusia. Di bawah Malaysia Action Plan on AMR (MyAP-AMR), Malaysia telah terpilih menyertai projek perintis WHO Integrated Global Survey on Extended Spectrum Beta Lactamase producing E. coli (Tricycle Project) yang melibatkan pelbagai kementerian bagi mewujudkan sistem pengawasan kerintangan bakteria yang mudah, bersepadu dan multisektoral. Projek ini melibatkan tiga komponen utama iaitu manusia, rantaian makanan dan alam sekitar. Projek yang bermula pada awal 2018 ini melibatkan pelbagai kementerian dan agensi. NAHRIM melalui Makmal Kualiti Air telah terlibat dalam pelaksanaan projek ini bagi sektor alam sekitar untuk melihat kehadiran bakteria E. coli yang telah rintang kepada antibiotik di dalam sampel air sungai, pembentungan dan sisa air dari pusat penyembelihan ayam.

  Bersempena dengan projek ini, satu lawatan oleh kumpulan pakar WHO telah diadakan pada 12-14 September 2018 bagi memastikan pelaksaan projek dijalankan mengikut modul yang telah disediakan oleh WHO. Kumpulan pakar WHO terdiri daripada Dr Awa Aidara-Kane (WHO Geneva), Dr Heike Schmitt (Dutch National Institute for Public Heatlh and Environment, Netherland) dan Dr Shivaramu K. Veerappa (North Carolina State University). Perasmian program lawatan telah dimulakan dengan pembentangan latarbelakang projek ini pada peringkat WHO oleh Dr Awa Aidara-Kane disusuli oleh pembentangan pelaksanaan projek di Malaysia oleh Ketua Projek, Dr Suraya Amir Husin (Kementerian Kesihatan Malaysia). NAHRIM telah diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah, Ir. Hj. Mohd Fauzi Mohamed dan Pegawai Penyelidik Makmal Kualiti Air; Puan Syazrin Syima Sharifuddin, En Muhammad Azroie Mohamed Yusoff dan Dr. Noor Haza Fazlin Hashim.

  Pada hari kedua, sesi lawatan bermula dengan lawatan ke Unit Bakteriologi, Hospital Kuala Lumpur. Pembentangan status pelaksanaan projek telah dijalankan oleh Datin Dr Salbiah, Hj Nawi, Ketua Jabatan Unit Mikrobiologi. Lawatan diteruskan ke Unit Bakteriologi Institut Penyelidikan Kesihatan (IMR), Kuala Lumpur dimana pembentangan pelaksanaan projek disampaikan oleh Dr Norazah Ahmad, Ketua Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit. Lawatan berakhir di Makmal Kesihatan Awam Kebangaan (MKAK), Sungai Buloh yang mana pembentangan pelaksanaan projek telah disampaikan oleh Puan Pusparani A/P Ramasamy, Pegawai Sains, Unit Bakteriologi.

  Lawatan hari ketiga bermula dengan lawatan ke Makmal Kesihatan Awam Veterinar (MKAV) Salak Tinggi. Pembentangan pelaksanaan projek telah disampaikan oleh Dr Noor Asyikin Abu, Pegawai Veterinar Wilayah Tengah. Seterusnya kumpulan lawatan ke NAHRIM bagi sesi taklimat dan lawatan ke Makmal Kualiti Air. Pembentangan pelaksanaan Projek telah disampaikan oleh Dr Noor Haza Fazlin Hashim dan En. Muhammad Azroie Mohamed Yusoff, Pegawai Penyelidik Unit Mikrobiologi, MKA. Penerangan turut menyentuh tentang teknik-teknik persampelan, kriteria-kriteria pemilihan lokasi persampelan dan hasil yang diperoleh.

  Mesyuarat penutup telah diadakan pada sebelah petang membincangkan dapatan daripada lawatan yang telah diadakan. Keseluruhannya, pasukan pakar WHO amat berpuas hati dengan kemajuan projek ini di Malaysia. Mereka turut memuji dari segi penyelarasan dan kerjasama antara kesemua agensi yang terlibat dalam projek ini. Beberapa cadangan telah dikemukakan seperti analisis kehadiran residu antibiotik di dalam sampel air yang diambil dan juga menjadikan projek ini projek tahunan dalam pemantauan kehadiran AMR di Malaysia.

WHO1
Gambar kenangan bersama pakar WHO dan ahli projek yang lain terdiri daripada wakil
daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, Institut Penyelidikan Perubatan, Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan dan
Makmal Kesihatan Awam Veterinar.

WHO2
Penerangan mengenai teknik-teknik persampelan air oleh En. Muhammad Azroie Mohamed Yusoff.

WHO3
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn Syazrin Syima Sharifuddin.
Sesi penerangan pelaksanaan projek bagi komponen alam sekitar dibentangkan oleh Dr Noor Haza Fazlin Hashim.

WHO4
Lawatan ke bahagian penyimpanan media mikrobiologi.

WHO5
Penerangan kepada kumpulan pakar WHO mengenai peralatan dan kemudahan di Unit Mikrobiologi, Makmal Kualiti Air
yang digunakan dalam projek ini.

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun