Pengenalan NSOFT
Pengenalan
‘NSoft’ ialah akronim bagi ‘Nahrim Software’ yang mana telah dibangunkan khusus untuk kegunaan hidraulik dan hidrologi. Di dalam perisian ini, terdapat empat projek yang boleh dilaksanakan iaitu ‘Drainage Design’ (rekabentuk saliran), ‘Bridge Design’ (rekabentuk jambatan), ‘Rainfall Estimator’ (anggaran hujan) dan ‘Flow Calculation’ (pengiraan kadaralir). ‘Drainage Design’ dan ‘Bridge Design’ termasuk di dalam projek ‘Hydraulic Structure Design’ (rekabentuk struktur hidraulik), manakala ‘Rainfall Estimator’ dan ‘Flow Calculation’ termasuk di dalam projek ‘Hydrological Analysis’ (analisis hidrologi). Tetapi untuk perisian versi percubaan, hanya aplikasi projek ‘Drainage Design’ sahaja yang dibenarkan berfungsi.
Fungsi Utama
Ini merupakan salah satu daripada bahagian perisian yang berfungsi khusus bertujuan untuk menjalankan rekabentuk saiz saluran terbuka. Saiz saluran adalah berdasarkan kepada nilai rekabentuk kadaralir air. Daripada perisian ini, kita boleh menentukan saiz kedalaman atau kelebaran saluran yang mana ia adalah penting dalam pembinaan sistem saliran. Di dalam perisian ini, terdapat tiga pilihan bentuk saluran iaitu segiempat, trapezium dan juga komposit. Kesemua pengiraan formula adalah berdasarkan daripada MASMA (Manual Saliran Mesra Alam Malaysia).
Dalam bahagian rekabentuk jambatan, perisian ini direka khas untuk menentukan nilai afflux iaitu jarak di antara permukaan air ke lambung bebas (freeboard) jambatan. Ini adalah merupakan perkara asas dan mustahak dalam kriteria rekabentuk jambatan, kerana ia perlu mengambilkira prosedur pengurusan banjir di dalam rekabentuknya. Perisian ini dapat menentukan nilai jarak afflux yang paling optimum berdasarkan kadaralir rekabentuk yang telah ditetapkan. Perisian ini amat ringkas, dan ianya amat berguna dan mampu untuk memudahkan dan mempercepatkan lagi tugas jurutera dalam rekabentuk jambatan. Kesemua langkah pengiraan, graf, formula dan panduan rekabentuk adalah berdasarkan daripada REAM (The Road Engineering Association of Malaysia).
Dalam bahagian ini, perisian ini amat berguna kepada kebanyakan para hidrologis yang mana ia dapat membantu mereka dalam menghasilkan pekali IDF yang baru bagi lokasi-lokasi tertentu. Dengan hanya beberapa langkah mudah, program dalam perisian secara automatik akan mengira pekali IDF tersebut daripada input data hujan tahunan. Kesemua formula pengiraan adalah berdasarkan daripada MASMA (Manual Saliran Mesra Alam Malaysia).
Dengan perisian ini, kita dapat menganggar kadar alir daripada air larian permukaan bagi sesebuah kawasan. Perisian ini secara dasarnya menggunakan kaedah rasional (rational method) dalam menganggar kadaralir maksimum bagi kawasan tersebut. Oleh kerana formula kaedah rasional ini hanya sesuai untuk kawasan yang kecil, perisian ini hanya sesuai untuk menganggar kadaralir air larian permukaan bagi kawasan tadahan yang tidak melebihi 80 hektar sahaja. Perisian ini secara automatik akan menyimpan pekali IDF bagi beberapa bandar utama di Malaysia ke dalam komputer. Oleh yang demikian, pengguna dengan mudah boleh memilih lokasi-lokasi tersebut untuk mendapatkan nilai pekali IDF seterusnya mengira kadaralir bagi kawasan tersebut. Antara kelebihan perisian ini ialah, ia dapat mengubah, menambah dan membuang data IDF yang sedia ada di dalam komputer. Ia juga boleh menyimpan data IDF ke dalam fail luar mengikut kehendak pengguna. kesemua formula pengiraan dan pekali-pekali IDF untuk beberapa bandar utama di Malaysia adalah merujuk kepada MASMA (Manual Saliran Mesra Alam Malaysia).