Tetapan:  
Bahasa:


Perundingan

Penilaian oleh Pengguna: / 5
Tidak MemuaskanMemuaskan 

 

Perundingan

NAHRIM menawarkan perkhidmatan rundingan pakar dalam aspek perancangan projek dan penilaian kesan impak di dalam semua aspek kejuruteraan hidraulik termasuklah kejuruteraan sungai dan pantai, sumber air dan persekitaran air.

 

Pelanggan utamanya adalah dari sektor awam dan swasta yang terlibat dalam industri bidang air. 

 

Berikut ialah perkhidmatan perundingan secara umum mengikut pusat kajian :


1. Sungai

2. Pantai

3. Pengurusan Sumber Air

4. Kualiti Air dan Alam Sekitar

5. Teknologi Maklumat dan Komunikasi

6. Perancangan dan Penilaian

7. Geohidrologi


Projek Penyelidikan Terdahulu:

  • Penilaian Kesan Makro Alam Sekeliling Penambakan Pantai di Melaka dengan kerjasama KTA Tenaga Sdn Bhd untuk Kerajaan Negeri Melaka.
  • Penilaian Kesan Makro Alam Sekeliling Penambakan Pantai di Kedah dengan kerjasama Institut Kejuruteraan Pantai dan Lepas Pantai Universiti Teknologi Malaysia(COEI) untuk Kerajaan Negeri Kedah.
  • Kajian Rancangan Pembangunan Bersepadu Di Kawasan Tanah Gambut Persisiran Pantai di Sarawak dengan kerjasama Sime Darby Sdn Bhd untuk Kerajaan Negeri Sarawak.
  • Penilaian Kesan Makro Alam Sekeliling Penambakan Pantai di Selangor dengan kerjasama Via Natura Sdn Bhd untuk Kerajaan Negeri Selangor.
  • Garis Panduan Pengurusan Tasik Putrajaya dengan kerjasama KTA Tenaga Sdn Bhd untuk Perbadanan Putrajaya.
  • Pembangunan Pelabuhan Perikanan di Sg. Tumbirat, Kuching, Sarawak untuk Lembaga Kemajuan Perikanan Malaysia (LKIM).
  • Kajian Sumber Pasir Laut Negara di Selat Melaka untuk Kementerian Perusahaan Utama.


{smooth-scroll-top}



 
Dengar/Listen Dengar/Listen
Terakhir Dikemaskini pada Jumaat, 13 Januari 2012 11:04