Tetapan:  
Bahasa:


Kajian Status Eutrofikasi Tasik di Malaysia

Penilaian oleh Pengguna: / 2
Tidak MemuaskanMemuaskan 

Kajian Status Eutrofikasi Tasik di Malaysia

 

Butiran Projek:

Eutrofikasi merupakan salah satu isu alam sekitar yang bertambah serius di kawasan tadahan air pedalaman. Antara simptom- simptom eutrofikasi termasuk pengumpulan sisa-sisa pereputan alga dan bahan toksik yang terhasil daripada pertumbuhan alga dan tumbuhan aquatik yang berleluasa, kejadian penyakit yang berkaitan dengan air semakin meningkat, kekeruhan air bertambah, kualiti air yang semakin menurun turut menyebabkan pengurangan oksigen terlarut dan seterusnya kematian spesis-spesis ikan. Pertambahan keadaan eutrofikasi sama ada di air permukaan dan air bawah tanah boleh mendatangkan impak seperti kerugian ekonomi yang besar, pertambahan kos rawatan air sisa dan menganggu pembangunan negara.

 

Pemeliharaan dan pemulihan tasik-tasik eutrofik memerlukan perancangan dan pengurusan kawasan tadahan air berkaitan secara sistematik. Oleh itu, demi menghasilkan strategi-strategi pengurusan yang berkesan, hubungan antara sumber nutrient dan kadar eutrofikasi perlu dikaji dan difaham secara teliti.

Di Malaysia terdapat banyak tasik semula jadi dan tasik buatan manusia. Tasik-tasik ini memainkan peranan yang penting sebagai sumber air untuk pelbagai tujuan penggunaan domestik dan kepelbagaian fauna akuatik. Pembangunan kawasan tadahan air yang pesat di sekeliling tasik meninggalkan kesan yang ketara terhadap kapasiti tasik, kualiti air dan pengaliran airnya.


Kajian ini telah memberi pengetahuan berkenaan dengan status tasik-tasik di negara ini dan cabaran yang melibatkan kualiti dan kuantiti air tasik. Kajian awal bersama dengan cadangan kaedah pemulihan dan strategi pengurusan alam sekitar akan dijadikan sebagai asas untuk perancangan dan pengurusan di masa akan datang bagi pemeliharaan dan pemuliharaan tasik-tasik di Malaysia.




 
Dengar/Listen Dengar/Listen
Terakhir Dikemaskini pada Jumaat, 03 Jun 2011 10:36

Tambah komen

Anda dimohon menggunakan perkataan yang sopan dan berhemah. Pihak webmaster berhak untuk memadam apa-apa komen yang menyentuh sensitiviti kaum/agama/fitnah atau yang seumpama dengannya.
Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan ini.
-Webmaster


Kod CAPTCHA
Kod CAPTCHA (semula)