Tetapan:  
Bahasa:


Panduan Pengguna

Penilaian oleh Pengguna: / 7
Tidak MemuaskanMemuaskan 

Panduan W3C

1. Menukar Saiz Tulisan

Kebanyakan pelayar web (web browser) telah menyediakan kemudahan untuk menukar saiz tulisan. Sebagai contoh, untuk menukar saiz tulisan mengikut pelayar web adalah seperti berikut:

Google Chrome
Pada ruangan menu Page, pilih zoom. Zoom > Larger

Mozilla Firefox
Pada ruangan menu View, pilih Zoom. View > Zoom > Zoom In

Internet Explorer
Pada ruangan menu View, pilih Text Size. View > Text Size > Largest

Netscape
Pada ruangan menu View, pilih Text Size. View > Text Size > Increase
Macintosh kekunci pintas: Command+
Windows kekunci pintas: Ctrl++

Opera
Pada ruangan menu View, pilih Zoom. View > Zoom > %
Macintosh kekunci pintas: Command+
Windows kekunci pintas: + or 0

Safari
Pada ruangan menu View, pilih Make Text Bigger. View > Make Text Bigger
Macintosh kekunci pintas: Command+

Namun yang demikian, laman web rasmi NAHRIM menyediakan fungsi untuk menukar saiz tulisan bagi kandungan sahaja. Fungsi berikut boleh didapati pada setiap kandungan yang terdapat dalam laman web ini. Klik pada ikon berikut Auntuk membesarkan dan mengecilkan tulisan artikel kandungan yang disediakan.
 
2. Pilihan Warna

Di dalam laman web rasmi NAHRIM ini, kami menyediakan beberapa pilihan warna bagi memudahkan pengguna buta warna membuat pilihan warna yang disediakan di ruangan atas pada setiap laman. Pengguna boleh memilih warna daripada bantuan rabun warna yang disediakan. Pilihan boleh dibuat dengan mengklik pada bantuan rabun warna seperti di bawah :
WarnaPilihan
Warna bantuan pengguna rabun adalah seperti berikut:
RabunBIRU Biru        RabunMERAH Merah    RabunHIJAU  Hijau
Tambahan warna hitam/putih iaitu beza jelas (contrast) bagi memudahkan pengguna membezakan antara warna atau kegelapan pada kandungan dan latar belakang yang perlu dibezakan oleh sistem pengecaman aksara iaitu:
HitamPutihC Hitam/Putih (Beza Jelas)
 
3. Pembaca Teks

Bagi menggunakan fungsi ini, pengguna perlu klik pada ikon paper_sound32x32dan seterusnya tunggu sehingga kandungan siap untuk dibaca dan didengar secara automatik.
 

Panduan RSS

Apa itu RSS?
RSS atau RDF Site Summary adalah suatu aplikasi XML (Extensible Markup Language) mengikut tahap spesifikasi W3Schools. Ia merupakan suatu format sindikasi berita dan digunakan sebagai agen untuk mendapatkan berita atau data secara atas talian daripada halaman web yang menyokong aplikasi ini.

Apa itu RssReader?
RssReader adalah satu program yang membolehkan anda menerima berita atau maklumat dari halaman web yang menyokong aplikasi RSS terus ke desktop anda. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai RssReader, sila ke halaman ini http://www.rssreader.com/

RSS di Laman Web Rasmi NAHRIM
Kemudahan aplikasi RSS ini disediakan khas untuk kegunaan pengguna Laman Web Rasmi NAHRIM bagi mendapatkan info terkini berkenaan dengan maklumat terkini yang dikeluarkan oleh NAHRIM. Melalui kemudahan aplikasi ini diharap agar NAHRIM dapat menyalurkan maklumat terkini daripada Laman Web Rasmi NAHRIM dengan lebih pantas dan berkesan. Melalui RSS Feeds ini juga:

1. Anda boleh memilih untuk membaca berita yang anda inginkan dan relevan dengan kehendak;

2. Anda secara tidak langsung mendapat informasi yang boleh dipercayai dan mencegah daripada informasi yang tidak di inginkan (Spam);

3. Anda dapat mengetahui maklumat terkini mengenai NAHRIM dengan lebih cepat dan berkesan;dan

4. Berita atau maklumat yang dipaparkan adalah yang terkini tanpa perlu melayari laman ini.

Langkah-langkah Installasi RssReader
Langkah 1:
Muat turun install Microsoft.NET framework terlebih dahulu jika anda tidak menggunakan Windows 2003 atau versi Windows XP yang terkini.
Cara yang paling mudah adalah dengan Windows update atau lawati Microsoft How to Get the .NET Framework 1.1 

Langkah 2:
Muat turun RssReader 1.0.88.0 berikut: rssreader.zip atau rssreader.exe

Langkah 3:
Muat turun install Jika anda muat turun versi .zip unzip fail tersebut terlebih dahulu dan run setup.exe . Terus run jika anda muat turun versi .exe.

Langkah 4:
Sila lihat imej RSS2012 ini di dalam Laman Web Rasmi NAHRIM. Letakkan mouse di atas salah satu imej tersebut kemudian klik kanan, dan pilih "Copy Shortcut". Run RssReader dan pergi ke "add (+)" seterusnya klik kanan dan "paste" url dan tekan ok.


Untuk maklumat selanjutnya, sila layari http://www.rssreader.com/


 
Terakhir Dikemaskini pada Isnin, 30 April 2012 11:49