Tetapan:  
Bahasa:


Soalan Lazim

Penilaian oleh Pengguna: / 18
Tidak MemuaskanMemuaskan 

1. Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh NAHRIM?

2. Bagaimanakah perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan dilaksanakan oleh NAHRIM?

3. Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk setiap perkhidmatan yang diberikan?

4. Sekiranya saya berminat untuk menyertai NAHRIM, bagaimanakah cara untuk saya memohon jawatan di NAHRIM?

 

 

1. Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh NAHRIM?

NAHRIM menawarkan perkhidmatan perundingan kepakaran dalam semua bidang kejuruteraan hidraulik termasuk kejuruteraan sungai, kejuruteraan pantai/pelabuhan, pembangunan sumber air dan kualiti air dan alam sekitar.

 

2. Bagaimanakah perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan dilaksanakan oleh NAHRIM?

NAHRIM melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan samada secara bersendirian atau melalui kerjasama dengan institusi lain atau perunding swasta.

 

3. Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk setiap perkhidmatan yang diberikan.

Ya. Bayaran yang dibekalkan termasuk bayaran profesional dan tuntutan perbelanjaan untuk melaksanakan perkhidmatan yang diperlukan. Bayaran profesional difaktorkan daripada gaji semua kakitangan profesional dan teknikal terlibat. Tuntutan perbelanjaan termasuk semua upah, pengangkutan, sewa peralatan/komputer, kos bahan dan perkhidmatan lain yang diperlukan.

 

4. Sekiranya saya berminat untuk menyertai NAHRIM, bagaimanakah cara untuk saya memohon jawatan di NAHRIM?

Untuk makluman anda, pada ketika ini jawatan bagi lantikan sambilan dan kontrak telah diisi sepenuhnya. Manakala bagi lantikan tetap pula, dimaklumkan bahawa Institut ini tidak mempunyai kuasa melantik. Sehubungan dengan itu, anda dicadangkan agar memohon jawatan di sektor kerajaan melalui laman web SPA iaitu www.spa.gov.my.


Skim Perkhidmatan bukan gunasama yang terdapat di NAHRIM ialah Penyelidikan dan Pembangunan bagi jawatan-jawatan seperti berikut :
Pegawai Penyelidik (Gred Q41)Penolong Pegawai Penyelidik (Gred Q27)Pembantu Penyelidik (Gred Q17)



 
Dengar/Listen Dengar/Listen
Terakhir Dikemaskini pada Jumaat, 18 November 2011 16:50