NAHRIM Web Mobile

Back Home

NAHRIM Web Mobile

Sejarah NAHRIM
Isnin, 07 Mac 2011 09:28

 

 

      Keperluan untuk menubuhkan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) bermula daripada hasil kajian Tetuan Delft Hydraulic pada tahun 1990. Di dalam laporan kajian tersebut diperakukan penubuhan pusat penyelidikan dengan keupayaan untuk menjalankan kajian simulasi makmal dan analisa hidronamik secara numerik (experimental simulation and numerical hydrodynamic analysis), proses morfologi dan ekologi serta interaksinya dengan aktiviti-aktiviti sesama manusia.

      Jemaah Menteri di dalam mesyuaratnya pada 2 Oktober 1991 telah memaklum perutusan khas YAB Perdana Menteri mengenai beberapa pembinaan breakwaters dan tebusguna tanah di kawasan pantai serta mencadangkan penubuhan sebuah Institut Penyelidikan Hidraulik seperti yang terdapat di Poona, India. Jemaah Menteri di dalam mesyuarat pada 14 April 1993 telah meluluskan Penubuhan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dengan objektif penubuhan NAHRIM adalah seperti berikut :
  • untuk membangunkan kumpulan pakar dan memberi khidmat penyelidikan yang perlu dalam perancangan, rekabentuk, pembinaan dan pelaksanaan kerja-kerja kejuruteraan yang berkaitan dengan pembangunan sumber air secara khusus dan alam sekitar secara amnya; dan
  • mewujudkan Pusat Fokal Kebangsaan (National Focal Point) yang menyelaras aktiviti penyelidikan dalam bidang hidraulik.
     NAHRIM telah ditubuhkan dan mula operasi dalam bulan September 1995 dan terus bergerak untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang penyelidikan hidraulik dan perkhidmatan sokongan bagi memenuhi keperluan sektor awam dan swasta dalam pembangunan yang berkaitan dengan air. Selaras dengan objektif penubuhan seperti yang dinyatakan di atas, fungsi NAHRIM seperti termaktub dalam Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969 (Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No.2) adalah seperti berikut :-
  • Menjalankan penyelidikan asas dan gunaan dalam kejuruteraaan hidraulik, kejuruteraan pantai, pembangunan sumber air, kualiti air untuk sektor awam dan swasta;
  • Perkhidmatan perundingan kepakaran khusus kepada sektor awam dan swasta;
  • Bekerjasama dengan universiti dan institusi tempatan dalam bidang kejuruteraan hidraulik;
  • Berfungsi sebagai penasihat kerajaan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kejuruteraan hidraulik ; dan
  • Berperanan sebagai Pusat Fokal Kebangasaan dalam penyelidikan kejuruteraan hidraulik dan menjadi penyelaras kepada semua penyelidikan dalam negara.
Bekas Pengarah / Ketua Pengarah NAHRIM

 

mantankp

 

1.    Perkhidmatan perundingan kepakaran khusus kepada sektor awam dan swasta;

Ke Atas / Back To Top



 
Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 17 November 2011 15:32
 

© 2013 NAHRIM Web Mobile
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.
Mobile version by Mobile Joomla!