| Keperluan untuk menubuhkan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) bermula daripada hasil kajian Tetuan Delft Hydraulic pada tahun 1990. Di dalam laporan kajian tersebut diperakukan penubuhan pusat penyelidikan dengan keupayaan untuk menjalankan kajian simulasi makmal dan analisa hidronamik secara numerik (experimental simulation and numerical hydrodynamic analysis), proses morfologi dan ekologi serta interaksinya dengan aktiviti-aktiviti sesama manusia. |
| Jemaah Menteri di dalam mesyuaratnya pada 2 Oktober 1991 telah memaklum perutusan khas YAB Perdana Menteri mengenai beberapa pembinaan breakwaters dan tebusguna tanah di kawasan pantai serta mencadangkan penubuhan sebuah Institut Penyelidikan Hidraulik seperti yang terdapat di Poona, India. Jemaah Menteri di dalam mesyuarat pada 14 April 1993 telah meluluskan Penubuhan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dengan objektif penubuhan NAHRIM adalah seperti berikut : |
|
| NAHRIM telah ditubuhkan dan mula operasi dalam bulan September 1995 dan terus bergerak untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang penyelidikan hidraulik dan perkhidmatan sokongan bagi memenuhi keperluan sektor awam dan swasta dalam pembangunan yang berkaitan dengan air. Selaras dengan objektif penubuhan seperti yang dinyatakan di atas, fungsi NAHRIM seperti termaktub dalam Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969 (Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No.2) adalah seperti berikut :- |
|
| Bekas Pengarah / Ketua Pengarah NAHRIM |

1. Perkhidmatan perundingan kepakaran khusus kepada sektor awam dan swasta;