Fungsi NAHRIM
Fungsi NAHRIM adalah:
- Menjalankan penyelidikan asas dan gunaan dalam sektor air seperti sumber air, sungai, pantai, geohidrologi dan kualiti air;
- Menyediakan perkhidmatan sokongan kepada semua pihak khasnya sektor awam dan swasta, dalam menangani masalah-masalah berkaitan air dan persekitarannya;
- Berperanan sebagai Pusat Fokal Kebangsaan dalam penyelidikan berkaitan air dan persekitarannya dengan menjadi penyelaras di peringkat kebangsaan dalam semua penyelidikan berkaitan serta mengambil bahagian dalam aktiviti penyelidikan antarabangsa secara duahala dan / atau berbagai hala; dan
- Berperanan sebagai penasihat dalam perkara-perkara berkaitan air dan persekitarannya dalam memastikan pembangunan ekonomi negara yang mampan.
Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 06 Oktober 2011 16:31