Tetapan:  
Bahasa:


Kata Alu-aluan Ketua Pengarah

s
Ir Hj Ahmad Jamalluddin bin Shaaban
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya
KETUA PENGARAH
Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)

s Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Selamat datang ke Laman Sesawang Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM).

NAHRIM, sebagai pusat penyelidikan yang berkaitan air dan persekitarannya di negara ini, adalah komited untuk mencapai visinya iaitu memberi perkhidmatan cemerlang sebagai pusat pakar rujuk kebangsaan dalam bidang air dan persekitarannya untuk memastikan pembangunan negara yang mampan demi kesejahteraan dan peningkatan kualiti hidup rakyat.

Penyelidikan dan pembangunan (P&P) yang diterajui oleh NAHRIM pada masa ini meliputi P&P dalam bidang kejuruteraan sungai dan pantai, pengurusan sumber air termasuk air hujan dan air tanah, impak perubahan iklim ke atas sumber air negara dan langkah-langkah adaptasi dan pemuliharaan kualiti air sungai dan tasik serta persekitarannya. NAHRIM juga menjalankan kerja-kerja perundingan berkaitan air untuk agensi kerajaan dan swasta.

Setiap organisasi yang berasaskan P&P hidraulik terutamanya yang tersohor di luar negara menjadikan makmal hidraulik yang lengkap sebagai satu kemestian dalam melengkapi setiap bidang kajian hidraulik yang ingin dilaksanakan. Makmal ini akan memberi sokongan dan sumbangan padu kepada NAHRIM dalam usaha menjadikannya Pusat Fokal Kebangsaan dalam bidang yang sama. Atas dasar inilah maka Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI) ditubuhkan untuk menjalankan P&P asas dan gunaan melalui kaedah pemodelan fizikal. Beroperasi sepenuhnya pada tahun 2007, MHI mempunyai keluasan 12,000 meter persegi, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk penyelidikan dalam pemodelan fizikal dalam pelbagai bidang seperti empangan, sungai, pantai dan samudera.

Maklumat-maklumat lain yang boleh diperoleh melalui Laman Sesawang kami adalah penerbitan penyelidikan NAHRIM, maklumat mengenai seminar, bengkel, persidangan anjuran NAHRIM, kemudahan permodelan hidraulik di NAHRIM, direktori kakitangan dan maklumat-maklumat lain yang akan dipaparkan dari masa ke semasa.

Wassalam.

Sekian. Terima kasih. s


 
Dengar/Listen Dengar/Listen
Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 06 Oktober 2011 16:35