Tetapan:  
Bahasa:


Pembangunan Coastal Resources Risk Index (Corri) Bagi Menilai Kesan Pencemaran Air Terhadap Produktiviti Sumber Asli Pinggir Pantai

Penilaian oleh Pengguna: / 0
Tidak MemuaskanMemuaskan 
Pembangunan Coastal Resources Risk Index (Corri) Bagi Menilai Kesan Pencemaran Air Terhadap Produktiviti Sumber Asli Pinggir Pantai

 

 

Butiran Projek:

Sumber-sumber asli pinggir pantai seperti paya, bakau, muara, tanah alluvial, flora dan fauna perlu dipulihkan bagi kepentingan keseimbangan ekosistemnya. Kebanyakan aktiviti sosio-ekonomi seperti pertanian, perikanan dan pelancongan adalah terletak di kawasan pinggir pantai dan amat bergantung kepada sumber-sumber asli tersebut. Produktiviti sektor ekonomi ini akan terjejas jika berlaku pencemaran terutamanya pencemaran air yang berpunca dari sisa penggunaan bahan kimia pertanian, sisa buangan industri, air kumbahan domestik yang akan memberi impak kepada produktiviti sumber asli pinggir pantai.

 

Lembangan-lembangan Sungai Muda, Perai dan Juru telah dikenal pasti sebagai projek perintis untuk kajian ini memandangkan beban pencemaran akibat dari aktiviti pertanian, perindustrian dan juga pembangunan yang diterima serta pemesatan aktiviti sosio-ekonomi yang bergantung kepada produktiviti sumber asli pinggir pantai kawasan lembangan sungai tersebut. Kualiti air bagi sungai-sungai yang mengalir di dalam lembangannya dan akhirnya ke laut akan memberi impak ke atas sumber asli di kawasan persisiran pantai. Melalui kajian perintis ini satu bentuk pertalian di antara pencemaran dan sumber asli persisiran pantai dapat dihasilkan.

 

Malaysia masih lagi belum mempunyai Coastal Resource Risk Index dalam menilai impak pencemaran ke atas sumber asli pinggiran pantai. Perkara ini amat perlu diberi penekanan dan perhatian yang serius bagi memastikan pelan perancangan pembangunan dapat diatur supaya kesan pencemaran dari aktiviti pembangunan tidak akan menjejaskan hasil pendapatan negara yang diperolehi melalui aktiviti sosio-ekonomi yang bergantung kepada sumber asli pinggiran pantai.

Objektif :




 
Dengar/Listen Dengar/Listen
Terakhir Dikemaskini pada Jumaat, 03 Jun 2011 10:36

Tambah komen

Anda dimohon menggunakan perkataan yang sopan dan berhemah. Pihak webmaster berhak untuk memadam apa-apa komen yang menyentuh sensitiviti kaum/agama/fitnah atau yang seumpama dengannya.
Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan ini.
-Webmaster


Kod CAPTCHA
Kod CAPTCHA (semula)